CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elvina Mohamad Umum Hamil Anak Kedua

9-2-2023 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1948| Komen: 16

Datin Elvina Mohamad hamil anak kedua.

Elvina mengumumkan berita gembira tersebut menerusi perkongsian dalam Instagram ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki mereka, Karl Mateen.


Foto: IG

“Kami tak sabar nak jumpa ahli keluarga baharu tidak lama lagi! #babynumberTWO (bayi nombor dua),” tulisnya ringkas.

Elvina bergambar bersama suami dan anaknya berlatar belakang mercu tanda taman tema tersebut.



Suami dan anaknya kelihatan bahagia memegang perut Elvina yang semakin menampakkan bentuk ‘baby bump’.

Hantaran dikongsikan pelakon itu menuai perhatian ramai rakan artis dan peminat yang mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baharu dalam keluarganya.



Terdahulu sekitar 2021, pelakon itu pernah meluahkan rasa bimbang untuk hamil pada waktu pandemik memandangkan virus Covid-19 ketika itu sangat meruncing sehingga melibatkan banyak kes kematian wanita mengandung.



Untuk rekod, Elvina mendirikan rumah tangga bersama Haniff pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen berusia empat tahun. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vee_zara 9-2-2023 04:56 PM
Suka la tengok elvina ni
Quote codenamedream 9-2-2023 05:12 PM
Elvina sedap mata memandang bila dlm TV.
Kulit dia smooth pinkish
Quote Nana_Man 9-2-2023 06:12 PM
Elvina ni pretty. Blakon pun tak kayu.
Quote sfinaria 9-2-2023 10:22 PM
Aku je ke yg nampak muka husband elvina ni mcm mb nusi?
Quote heythere123 9-2-2023 11:17 PM
codenamedream replied at 9-2-2023 05:12 PM
Elvina sedap mata memandang bila dlm TV.
Kulit dia smooth pinkish

kulit dia lawa & tak berlekuk
Quote AcikBuncit 9-2-2023 11:22 PM
Kalo acik pregnant xkoser la nk bjalan jauh gini.. Letih sakit pinggang
Quote evlinne 9-2-2023 11:32 PM
Orang cantik selalu jodoh bf/laki x hensem
Quote DeLuna85 10-2-2023 03:11 AM
Cantik la dia ni. Dia mmg berlakon sebab minat je ni. Bukan sebab nak jadikan kerjaya
Quote bankerpencen 10-2-2023 08:01 AM
sfinaria replied at 9-2-2023 10:22 PM
Aku je ke yg nampak muka husband elvina ni mcm mb nusi?

Eh ye la sama la juga
Quote sayurmayur88 10-2-2023 08:02 AM
suka sgt ngan elvina ni
cantik, pandai berlakon, gosip murahan pon xde .
lurveee
Quote cmf_premierleag 10-2-2023 08:10 AM
Dato dan datin yg low class
Quote rosedemon 10-2-2023 08:35 AM
low xlas muka laki cam gila seg
Quote moonela 10-2-2023 09:12 AM
evlinne replied at 9-2-2023 11:32 PM
Orang cantik selalu jodoh bf/laki x hensem

Very trueee !!!!
Quote moonela 10-2-2023 09:13 AM

bukannya dia ni ke dulu kaka kat board gosip ni katanya dah seraii ??

Quote codenamedream 10-2-2023 09:55 AM
heythere123 replied at 9-2-2023 11:17 PM
kulit dia lawa & tak berlekuk

Kann.. kat HD screen tu elok jer kulit dia.
Quote heythere123 10-2-2023 10:01 AM
codenamedream replied at 10-2-2023 09:55 AM
Kann.. kat HD screen tu elok jer kulit dia.

yess so memang eye candy la kalau tengok scene dia.

Beza tau dgn tengok kulit senrose sisters. Iols pon heran kenapa both taknak pergi laser ke apa untuk kecikkan pores padahal dua2 kaya & mampu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.043981 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top