CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belon Ditembak, China Kemuka Bantahan Dan Tuduh AS Cuba Rosakkan Kemajuan Hubungan Dua Hala

8-2-2023 07:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 990| Komen: 4

China mengemukakan bantahan berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon milik negara itu.

Washington juga digesa supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburuk dan merumitkan lagi keadaan.


Menurut Agensi Anadolu, pada Selasa Kedutaan China di Washington menerusi Kuasa Usaha Xu Xueyuan mengeluarkan kenyataan bantahan itu kepada pegawai kanan Jabatan Negara AS dan Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih berhubung insiden itu.


Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata belon itu bukan milik AS, sebaliknya milik China. - Gambar fail/ Reuters

Pada Sabtu, AS menembak jatuh belon "pengintip" yang disyaki milik China yang telah dikesan berlegar di ruang udara di pantai Carolina Selatan.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby kemudian dilaporkan berkata: "tiada niat untuk menghantar semula serpihan itu."


Sejak itu, China mendakwa Washington cuba "merosakkan" kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala.

"Xu berkata keberadaan belon itu tidak disengajakan dan ia kejadian terpencil yang tidak dijangka disebabkan oleh force majeure," menurut kenyataan kedutaan yang disiarkan di laman sesawangnya.

Xu berkata pihaknya sudah memaklumkan pihak berkuasa AS beberapa kali dan meminta mereka mengendalikannya dengan tenang, profesional dan terkawal.

"Pihak China menyatakan bantahan keras terhadap pihak AS yang menggunakan kekerasan...Kami menggesa pihak AS untuk tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan dan merumitkan keadaan. 

"Pihak China berhak untuk membuat tindak balas selanjutnya jika perlu," kata diplomat itu.

Pada Selasa, jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata: "belon itu bukan milik AS, ia milik China,"

"Pihak AS sepatutnya menangani insiden itu dengan sewajarnya dan profesional, tetapi AS tegas untuk menggunakan kekerasan...," kata Mao, lapor akhbar harian China Global Times.

Beliau berkata belon itu bagi kegunaan awam dan kerajaan China bertindak "tegas untuk melindungi hak sahnya."


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 8-2-2023 07:58 PM
" Pihak China berhak untuk membuat tindak balas selanjutnya jika perlu," kata diplomat itu.


serius laa..
Quote Zazama 8-2-2023 09:42 PM
Ke...diorang ni acah acah mcm musuh pdhal kat belakang ngam aje diorang dua org ni.
Quote Firenzza 8-2-2023 10:12 PM
Nak tumpang kencing kt umah org kena la bg salam dulu.....
Quote sayurmayur88 9-2-2023 08:29 AM
provoke negara lain pastu acah2 victim.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.645089 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top