CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 4

Belon Ditembak, China Kemuka Bantahan Dan Tuduh AS Cuba Rosakkan Kemajuan Hubungan Dua Hala

[Copy link]
Post time 8-2-2023 07:27 PM | Show all posts |Read mode
China mengemukakan bantahan berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon milik negara itu.


Washington juga digesa supaya tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburuk dan merumitkan lagi keadaan.


Menurut Agensi Anadolu, pada Selasa Kedutaan China di Washington menerusi Kuasa Usaha Xu Xueyuan mengeluarkan kenyataan bantahan itu kepada pegawai kanan Jabatan Negara AS dan Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih berhubung insiden itu.




Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata belon itu bukan milik AS, sebaliknya milik China. - Gambar fail/ Reuters





Pada Sabtu, AS menembak jatuh belon "pengintip" yang disyaki milik China yang telah dikesan berlegar di ruang udara di pantai Carolina Selatan.


Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby kemudian dilaporkan berkata: "tiada niat untuk menghantar semula serpihan itu."


Sejak itu, China mendakwa Washington cuba "merosakkan" kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala.


"Xu berkata keberadaan belon itu tidak disengajakan dan ia kejadian terpencil yang tidak dijangka disebabkan oleh force majeure," menurut kenyataan kedutaan yang disiarkan di laman sesawangnya.


Xu berkata pihaknya sudah memaklumkan pihak berkuasa AS beberapa kali dan meminta mereka mengendalikannya dengan tenang, profesional dan terkawal.


"ihak China menyatakan bantahan keras terhadap pihak AS yang menggunakan kekerasan...Kami menggesa pihak AS untuk tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan dan merumitkan keadaan.


"ihak China berhak untuk membuat tindak balas selanjutnya jika perlu," kata diplomat itu.


Pada Selasa, jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning berkata: "belon itu bukan milik AS, ia milik China,"


"ihak AS sepatutnya menangani insiden itu dengan sewajarnya dan profesional, tetapi AS tegas untuk menggunakan kekerasan...," kata Mao, lapor akhbar harian China Global Times.


Beliau berkata belon itu bagi kegunaan awam dan kerajaan China bertindak "tegas untuk melindungi hak sahnya."




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 07:58 PM | Show all posts
" Pihak China berhak untuk membuat tindak balas selanjutnya jika perlu," kata diplomat itu.


serius laa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke...diorang ni acah acah mcm musuh pdhal kat belakang ngam aje diorang dua org ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tumpang kencing kt umah org kena la bg salam dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:29 AM | Show all posts
provoke negara lain pastu acah2 victim.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.064006 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list