CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu E-Hailng Bengang Dengan Pelajar Universiti,- Suka Batal Pesanan Saat Akhir, Bagi Rating Rendah Sebab Tak Suka Jenis Kereta

8-2-2023 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1307| Komen: 11

Seorang pemandu e-hailing  kecewa dengan pelajar sebuah universiti awam di Shah Alam yang membatalkan pesanan pada saat akhir.

Tindakan tersebut dianggap tidak menghargai usaha pemandu perkhidmatan itu yang sedaya upaya tiba awal bagi mengambil dan menghantar mereka.


Insiden tersebut diceritakan sendiri seorang pemandu e-hailing yang hanya dikenali sebagai #braderteksi apabila mengalami kejadian sedemikian sebelum ini.


Foto: via Kosmo

“Saya dari Seksyen 3 bergegas nak ke tempat pelajar itu menunggu di Dataran Cendekia, terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas di bulatan McDonalds Seksyen 3 (Bulatan Permai) dan bulatan Seksyen 2 (Bulatan Bistari) pukul 7.40 pagi untuk ambil awak nak ke Arsyad Ayub Graduate Business School.

“Tapi sampai di pintu masuk utama (universiti), awak boleh batalkan pesanan. Awak memang tak ada hati perut,” katanya dalam sedutan sebuah video yang dikongsikan dalam Facebook rasmi Ehailing.fm, baru-baru ini.


Menurutnya, seperti majoriti pemandu e-hailing lain amat bergantung harap kepada pesanan pelanggan sebagai sumber rezeki utamanya.

Sehubungan itu, lelaki itu meminta pelajar universiti berkenaan supaya tidak membatalkan pesanan pada saat akhir.

“Walaupun menyedari tambang yang akan diterima murah (memandangkan jarak di antara kolej kediaman dengan fakulti dekat), saya tetap akan ambil pelajar (universiti tersebut) kerana memikirkan mereka tempah pesanan untuk ke fakulti bagi menuntut ilmu.

“Saya maafkan pelajar berkenaan dan diharap beliau serta pelajar lain tidak akan mengulangi perkara sama,” ujarnya dalam video yang berdurasi 95 saat itu.

Seorang pengguna Facebook, Mohd. Azrin Abdullah berkata, pelajar sering memberikan rating rendah kepada beberapa pemandu e-hailing atas sebab jenis kereta yang digunakan oleh pemandu berkenaan.

“Ambil pilihan pesanan perjalanan yang paling murah tapi lepas itu, bagi rating rendah kerana pemandu pakai kereta biasa sahaja.

“Disebabkan hal ini, ramai pemandu e-hailing tidak mahu ambil pelajar kerana mahu elak rating mereka rendah,” tegasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 8-2-2023 06:41 PM
ye ye.. kena denga both sides le camtu brader

hat driver2 yg sesenang jiwa raga kenselkan booking penumpang , reputz taknak interview ke?

meols baru terkono smlm, anak meols punya booking kena kensel, terpaksa la rushing pi amek nun kat belah BU saner,  belum pukul 5pm lagi set2 drebar main kensel jah booking kes sakit ati grab potong komisennn gamak, takut tersadai dlm jem
Quote cikatilia 8-2-2023 06:55 PM
Kitty_catz: ye ye.. kena denga both sides  ...

Ye.. aku perati kalau yg suka cancel ni cayanun..  nak nak amoi..
Dahla lepas 10 minit  baru cancel.. hanat.
Quote ReginaGeorge 8-2-2023 06:59 PM
Takda bezanya dengan korang. Suka cancel last minute. Pastu bila jem asyiklah nak mengeluh.. rimas la.
Quote tumpanglalu74 8-2-2023 11:02 PM
Dah grad nanti dorang pulak jadi pemandu e-hailing bang..  Karma itu pasti.
Quote Radzor 8-2-2023 11:05 PM
ulang cerita lama ke ni..
Quote missyL 9-2-2023 12:35 AM
Setuju
Kadang2 driver pn suke cancel booking iols

Xpnh pn sekali iols cancel booking mase belajar hehe
Quote Thunderclouds 9-2-2023 07:08 AM
Dh rasa nek grab ngn suma bangsa.
Kalo driver pempuan ramai cainis yindia
Mulayu ramai jantan.
So far molek² je attitude.
Quote rosedemon 9-2-2023 08:23 AM
i xpenah guna grab so lantak ko la
Quote Decaffeinated 9-2-2023 08:29 AM
Radzor replied at 8-2-2023 11:05 PM
ulang cerita lama ke ni..

Editor cari memang suka ulang tayang thread lama setelah diberi sentuhan baru ala2 retis sendu buat cover.
Quote mojarean_X 9-2-2023 08:31 AM
Iols rindu zaman grab vs uber mula2. Byk betul promo code. Lunch iols naik grab je g klcc. Free je guna promo code
Quote stingerpressor 9-2-2023 08:32 AM
Bak kata anak jiran aku yg 3 tahun...

2X5.....

abam nazri teksi tersenyum kekek

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056303 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top