Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan seberat tiga kilogram ditemukan dalam beg yang ditinggalkan di pagar sebuah rumah kebajikan di Taman Ferngrove, Batu 9 Cheras. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihak polis menerima laporan pada 7.23 pagi daripada paderi yang menguruskan rumah kebajikan terbabit mengenai penemuan itu.
Menurutnya, kejadian disedari pada 6.45 pagi apabila petugas rumah kebajikan mendapati satu beg ditinggalkan di pagar rumah kebajikan berkenaan oleh seseorang. "Saksi yang membuat pemeriksaan mendapati dalam beg itu terdapat bayi dipercayai baru dilahirkan sebelum diserahkan kepada pihak polis. "Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), terdapat wanita meletakkan satu beg pada pagar rumah kebajikan itu dan terus beredar pada 5.57 pagi (berdasarkan rekod masa dalam rakaman)," katanya dalam kenyataan, di sini.
Menurutnya, pihaknya mendapati berat bayi perempuan itu sekitar tiga kilogram dan berusia lingkungan sehari hingga dua hari, manakala tali pusatnya sudah dipotong. Katanya, siasatan kes dibuat Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 atau mana-mana balai polis berhampiran. -CARI Sumber: Harian Metro
|
terdapat wanita meletakkan satu beg pada pagar rumah kebajikan itu dan terus beredar pada 5.57 pagi
edayildiz: kesiannya baby tp i rasa bgs jgk maknya hntr kt pgr rumah kebajikan dr dia buang..good job..beranak lg ramai ramai
ADVERTISEMENT