CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 647|Reply: 5

Bayi Perempuan Baru Lahir Dalam Bag, Ditinggalkan Di Pagar Rumah Kebajikan Cheras

[Copy link]
Post time 8-2-2023 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan seberat tiga kilogram ditemukan dalam beg yang ditinggalkan di pagar sebuah rumah kebajikan di Taman Ferngrove, Batu 9 Cheras.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihak polis menerima laporan pada 7.23 pagi daripada paderi yang menguruskan rumah kebajikan terbabit mengenai penemuan itu.


Menurutnya, kejadian disedari pada 6.45 pagi apabila petugas rumah kebajikan mendapati satu beg ditinggalkan di pagar rumah kebajikan berkenaan oleh seseorang.




Foto: PDRM




"Saksi yang membuat pemeriksaan mendapati dalam beg itu terdapat bayi dipercayai baru dilahirkan sebelum diserahkan kepada pihak polis.


"Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), terdapat wanita meletakkan satu beg pada pagar rumah kebajikan itu dan terus beredar pada 5.57 pagi (berdasarkan rekod masa dalam rakaman)," katanya dalam kenyataan, di sini.


Menurutnya, pihaknya mendapati berat bayi perempuan itu sekitar tiga kilogram dan berusia lingkungan sehari hingga dua hari, manakala tali pusatnya sudah dipotong.


Katanya, siasatan kes dibuat Seksyen 317 Kanun Keseksaan.


Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 atau mana-mana balai polis berhampiran. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 06:40 PM | Show all posts
terdapat wanita meletakkan satu beg pada pagar rumah kebajikan itu dan terus beredar pada 5.57 pagi

Wanita tu pakai tudung tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rase bkn iale.. dia nak anak dia hugame kristie jgklaa tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya baby tp i rasa bgs jgk maknya hntr kt pgr rumah kebajikan dr dia buang..good job..beranak lg ramai ramai
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:04 AM | Show all posts
edayildiz: kesiannya baby tp i rasa bgs jgk maknya hntr kt pgr rumah kebajikan dr dia buang..good job..beranak lg ramai ramai


tak bagus dari segi kewarganegaraan pulak (kalau si emak warganegara la) sebab aku percaya yang anak tu ditinggalkan tanpa birth cert…  nanti anak tu akan jadi stateless…
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:22 AM | Show all posts
xpela buang kat situ jgn la buang tong sampah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.272555 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list