Demi minat mendalam terhadap dunia seni, pelakon Sharifah Husna sanggup meninggalkan bidang perubatan meskipun memiliki segulung ijazah untuk bergelar doktor. Kata Husna atau Sharifah Husna Syed Feizal, 30, hasrat menyambung pelajaran dalam bidang perubatan sebelum ini adalah atas permintaan kedua ibu bapanya.
"Memang saya sudah lupakan terus ke arah itu (menjadi doktor). Belajar dalam bidang perubatan adalah permintaan ibu bapa dan saya telah tunaikan dengan tamat belajar. "Berlakon pula adalah impian saya. Kita hidup hanya sekali dan kenapa perlu buat perkara yang tidak disukai. "Tidak kisahlah apa orang hendak cakap sekalipun, saya hanya mahu jadi diri sendiri dan kerja dalam bidang yang saya suka," katanya kepada mStar.
|
tipah89 replied at 8-2-2023 12:12 PM
sapa pulak ni..sapa laki dia? someone ke
irsa replied at 8-2-2023 12:18 PM
Belakon cerita apa perempuan nie? Kerabat Selangor ke? Yg lelaki mcm ada pernah nmpk belakon sebelom ...
cruz2 replied at 8-2-2023 01:28 PM
Oh laki dia ke yg berlakon jd ex bf piah dlm cite pukul 7 tv3 ku akad kau dgn bismillah?
ADVERTISEMENT