View: 6199|Reply: 54
|
Sharifah Husna Belum Sempat Pegi Honeymoon, Sibuk Sangat Kerja "Ada Ijazah Doktor Tapi Lagi Minat Berlakon"
[Copy link]
|
|
Demi minat mendalam terhadap dunia seni, pelakon Sharifah Husna sanggup meninggalkan bidang perubatan meskipun memiliki segulung ijazah untuk bergelar doktor.
Kata Husna atau Sharifah Husna Syed Feizal, 30, hasrat menyambung pelajaran dalam bidang perubatan sebelum ini adalah atas permintaan kedua ibu bapanya.
 Foto: IG
"Memang saya sudah lupakan terus ke arah itu (menjadi doktor). Belajar dalam bidang perubatan adalah permintaan ibu bapa dan saya telah tunaikan dengan tamat belajar.
"Berlakon pula adalah impian saya. Kita hidup hanya sekali dan kenapa perlu buat perkara yang tidak disukai.
"Tidak kisahlah apa orang hendak cakap sekalipun, saya hanya mahu jadi diri sendiri dan kerja dalam bidang yang saya suka," katanya kepada mStar.
Husna berjaya menamatkan pengajian dalam bidang tersebut tiga tahun lalu di Royal Collage of Surgeons Ireland (RCSI) Kuala Lumpur.
Mula mengatur langkah dalam dunia seni menerusi satu pertandingan mencari bakat, nama Husna kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat.
Buktinya, Husna berjaya tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Telenovela Popular pada Anugerah Telenovela ke-8 baru-baru ini.
Memiliki wajah cantik dan berdarah campuran, Husna bagaimanapun tidak mahu perkara tersebut menjadi sandaran untuk dia kekal bertahan sebagai seorang pelakon.
"Rupa paras itu adalah bonus. Apa yang penting dalam dunia lakonan adalah kejayaan menghidupkan sesuatu watak.
"Saya tidak ambil jalan mudah untuk berjaya. Saya banyak menghadiri kelas lakonan termasuk bersama Nabila Huda dan Fauziah Nawi," ujarnya.
Baharu sahaja mendirikan rumah tangga dengan pelakon Halim Radzi pada Oktober tahun lalu, Husna memberitahu mereka belum sempat untuk pergi berbulan madu disebabkan jadual kerja yang padat.
Baginya komitmen terhadap kerja harus diberi keutamaan kerana dia sendiri memilih bidang ini dan tahu cabaran yang perlu dihadapi.
"Dalam sibuk dengan majlis pernikahan dan resepsi sebelum ini pun saya masih sibuk di lokasi.
"Sehingga kini belum sempat lagi nak honeymoon. Komitmen terhadap kerjaya harus saya utamakan dahulu," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
sapa pulak ni..sapa laki dia? someone ke |
|
|
|
|
|
|
|
tipah89: sapa pulak ni..sapa laki dia? someone ke
kalau tgk IG laki tu pelakon..
|
|
|
|
|
|
|
|
Belakon cerita apa perempuan nie? Kerabat Selangor ke? Yg lelaki mcm ada pernah nmpk belakon sebelom ni dgn tiz tp lupa dah drama apa  |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon, hari tu berlakon dengan amyra rosli, jangan menangis cinta. Baru - baru ni Nikah, cerai dan rujuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia takyah mekap tebal2 cantik dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia muka mcm jalaludin hassan. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh laki dia ke yg berlakon jd ex bf piah dlm cite pukul 7 tv3 ku akad kau dgn bismillah? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni cantik..tp laki dia muka stim |
|
|
|
|
|
|
|
jd doktor laa....dhla cantik ..pandai pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
irsa replied at 8-2-2023 12:18 PM
Belakon cerita apa perempuan nie? Kerabat Selangor ke? Yg lelaki mcm ada pernah nmpk belakon sebelom ...
Ya ampun korang ni mmg langsung x tgk tv ke cemana ….aku yg seminggu sekali dua tgk tv pon kenal je depa ni ….
Laki dia tu lagi laaa dah byk drama kot |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang laki bini pernah jadi hero & heroin drama rtm.. x ingat tajuk dia tapi heroin jadi tea lady kat opis bapak sendiri.
Laki dia laku keras lately.. tv3 pukul 7, tv3 pukul 10. Gaya dia ala2 tok jalal, aura2 greasy sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MsKathryn at 8-2-2023 01:56 PM
Laki dia ada dlm drama jam 7 dgn 10 mlm |
|
|
|
|
|
|
|
untung laki dia
beauty with brains, orka |
|
|
|
|
|
|
|
cruz2 replied at 8-2-2023 01:28 PM
Oh laki dia ke yg berlakon jd ex bf piah dlm cite pukul 7 tv3 ku akad kau dgn bismillah?
Btl .. ada gak dlm drama jam 10 |
|
|
|
|
|
|
|
untung empunya diri
cantik pandai kaya |
|
|
|
|
|
|
|
Have2 ke dia ni.. mcm anak somebody je |
|
|
|
|
|
|
|
masa diorang memula kawin tahun lepas, Meletop ada jemput. Laki dia muda 3 tahun gitu la. Masa ni Hawa Rizwana first day jadi hos meletop. So diorang celebrate la 2 orang ni sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
sheols memang sendu banding dgn tok laki dia. Dia banyak dapat job rtm, lakinya banyak job dgn astro, tv3 |
|
|
|
|
|
|
| |
|