Kepingan ais setebal lebih satu sentimeter dilihat menutup permukaan puncak Gunung Kinabalu pada awal pagi Sabtu. Fenomena gunung berais itu dikatakan normal berlaku dan kadang kala boleh menyebabkan wujudnya kepingan ais seperti salji.
Menurut malim gunung, Safrey Sumping, dia bersama pelancong dari Jepun tiba di puncak Gunung Kinabalu sebelum jam 5 pagi dan mendapati permukaan gunung dilitupi kepingan ais. "Suhu ketika itu sejuk iaitu 0 darjah celsius dan angin kuat. Fenomena gunung dilitupi ais ini biasa berlaku dan berlanjutan sekitar dua hingga tiga hari mengikut keadaan cuaca terutama apabila tiba musim kemarau. "Pagi tadi, saya berada di puncak membawa pelancong dari Jepun dan kepingan ais dilihat di sekitar antara kilometer 7.5 hingga kilometer 8.5," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Safrey yang sudah 15 tahun sebagai malim berkata, kepingan ais itu sudah kelihatan sejak Jumaat, namun ia dilihat lebih tebal pada hari kedua. "Ketebalan ais kali ini setengah inci dan ketika kami dalam perjalanan turun dari puncak sekitar 6.30 pagi, ais masih kelihatan dan belum cair," katanya. Sebelum itu, beberapa gambar yang menunjukkan keadaan Gunung Kinabalu diliputi ais dikongsikan sendiri oleh Safrey menerusi akaun Facebooknya dan turut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Sumber: Sinar Harian
|
noor2 replied at 7-2-2023 06:06 AM
Berita sama tiap tahun...mcm x biasa pulak kepingan ais ni kat gunung ni...
cmf_premierleag replied at 7-2-2023 08:15 AM
Tu la..mcm bende baru lak kan..wartawan ni peghak kut
cmf_premierleag replied at 7-2-2023 08:15 AM
Tu la..mcm bende baru lak kan..wartawan ni peghak kut
Fenomena gunung berais itu dikatakan normal berlaku dan kadang kala boleh menyebabkan wujudnya kepingan ais seperti salji.
airfilterkotor replied at 6-2-2023 10:49 PM
Pergunungan Jayawiijaya kat Indonesia ada salji.
airfilterkotor replied at 6-2-2023 10:49 PM
Pergunungan Jayawiijaya kat Indonesia ada salji.
copy_paste replied at 7-2-2023 11:02 AM
sbb gunung tu lebih tinggi dari kinabalu,mmg sentiasa ada salji dan ada glaser,
supernaturalee replied at 7-2-2023 11:45 AM
gugel tgk kt kepulauan papua new guinea
ADVERTISEMENT