CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekasih Kelar Suami, Tanam Mayat Di Lereng Bukit DI Subang Jaya

4-2-2023 08:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2278| Komen: 11

Description: Seorang lelaki mati dikelar dan mayatnya ditanam di lereng bukit di belakang sebuah rumah yang dijadikan pusat penjagaan orang tua di Subang Jaya di sini, sejak Mei tahun lalu.Dalam insiden itu, mangs ...
Seorang lelaki mati dikelar dan mayatnya ditanam di lereng bukit di belakang sebuah rumah yang dijadikan pusat penjagaan orang tua di Subang Jaya di sini, sejak Mei tahun lalu. 

Dalam insiden itu, mangsa dikelar dengan pisau oleh lelaki warga India yang merupakan kekasih kepada isteri mangsa.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis pada pukul 4.45 petang, kelmarin yang dibuat rakan suspek selepas lelaki tersebut mengaku membunuh mangsa. 


FORENSIK polis menjalankan siasatan di lokasi mayat warga India dibunuh sebelum ditanam sejak Mei tahun 2022 di Subang Jaya, Selangor.

Menurut beliau, selain itu, Suruhanjaya Tinggi India ada membuat laporan mengenai kehilangan mangsa selepas menerima aduan daripada ahli keluarga mangsa di negara asalnya selepas memaklumkan lelaki itu gagal dihubungi sejak Mei, tahun lalu.


Katanya, siasatan awal mendapati kejadian bunuh tersebut berlaku di sebuah rumah banglo  yang dijadikan pusat jagaan orang tua di lokasi kejadian. 

“Pihak polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya bersama pasukan Forensik Kontinjen Selangor telah menemukan bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut tubuh mangsa.

“Motif bunuh mangsa disebabkan suspek mempunyai hubungan sulit dengan isteri mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Wan Azlan, pemeriksaan awal mendapati hubungan mangsa dan suspek adalah rakan sekerja di rumah kebajikan orang tua tersebut. 

Ujarnya, susulan itu, pihak polis telah menahan lima individu termasuk isteri mangsa berusia antara 25 hingga 35 tahun. 

“Kesemua suspek turut bekerja di rumah jagaan orang tua tersebut. 

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ketiga-tiga akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan,” ujarnya. 

Beliau turut meminta pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon iaitu Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya (03-78627100). 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 4-2-2023 08:28 PM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote mejaputih 4-2-2023 08:53 PM
Jap, both mangsa dan suspect adlaah warga negara india ke?
Quote Suchi 4-2-2023 10:30 PM
Jap mcm penah baca sblm ni ada pasangan warga india ni.
Laki dia hilang ke apatah, tak silap dorang duka area serdang kot.
Iols ingat2 lupa kena cari balik berita pasal lelaki warga India yg hilang.
Tak pasti la kes yg sama ke apa, masa tu rasa kesian la juga kt wife dia yela sbb bkn warga tempatan mesti sukar nk uruskan itu ini.
Quote nurul_akmar 4-2-2023 11:08 PM
Kena bunuh mei 2022. Mesti hidup x tenang tu.. tu yg last2 buat pengakuan jugak tu. Walaupun kat member. Sbb mesti jiwa n perasaan berkecamuk setiap hari.
Quote pearl.silver 4-2-2023 11:30 PM
Suchi replied at 4-2-2023 10:30 PM
Jap mcm penah baca sblm ni ada pasangan warga india ni.
Laki dia hilang ke apatah, tak silap dorang  ...

Yg tu laki dia hilang dlm tahanan polis kn?
Polis kata dia dah balik negara asal
Bini kata xda tu yg dia dtg mlysia cr laki dia

Kes yg tu ke?
Quote sharlenetexas 4-2-2023 11:30 PM
pearl.silver replied at 4-2-2023 11:30 PM
Yg tu laki dia hilang dlm tahanan polis kn?
Polis kata dia dah balik negara asal
Bini kata xda tu  ...

Tu paki ke?

Quote makita 4-2-2023 11:35 PM
Suchi replied at 4-2-2023 10:30 PM
Jap mcm penah baca sblm ni ada pasangan warga india ni.
Laki dia hilang ke apatah, tak silap dorang  ...

Oh meols igt kes tu. Mangsa si suami nama Rias. Wife dia warga India pakat dgn sepupu utk bunuh si Rias ni. Kantoi sbb business partner Rias ni lelaki Cina dtg rumah  utk cari Rias ni. Wife pulak kata Rias pegi obersi. Masalahnya pasport Rias ada kat opis.

Anak Rias ni jadi saksi bagi taw dorg nampak pakcik dorg ikat bapak dorg dgn wayar letrik sampai terkencing n berak sebelum mati. Lepas tu pegi tanam blkg umah.
Quote pearl.silver 4-2-2023 11:45 PM
sharlenetexas replied at 4-2-2023 11:30 PM
Tu paki ke?

Rasanya ye
Quote Suchi 5-2-2023 06:47 AM
pearl.silver replied at 4-2-2023 11:30 PM
Yg tu laki dia hilang dlm tahanan polis kn?
Polis kata dia dah balik negara asal
Bini kata xda tu  ...

Bkn yg tu pakistan wartawan tu kan. Ni mmg warga india.
Byk ngat kes dah tak tau mana nnt try cari balik
Quote Suchi 5-2-2023 06:47 AM
makita replied at 4-2-2023 11:35 PM
Oh meols igt kes tu. Mangsa si suami nama Rias. Wife dia warga India pakat dgn sepupu utk bunuh si ...

Bukan huhu

Yg berita hilang ni ada masuk forum gak nnt cari semula
Quote TOPwind 5-2-2023 08:41 AM
kat India kes bunuh kira biasa  je

apa nak heran, yg tak tanam tepi jalan pun banyak.


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.049429 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top