CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepingan Ais Menutup Permukaan Puncak Gunung Kinabalu

4-2-2023 08:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2115| Komen: 19

Description: Kepingan ais setebal lebih satu sentimeter dilihat menutup permukaan puncak Gunung Kinabalu pada awal pagi Sabtu.Fenomena gunung berais itu dikatakan normal berlaku dan kadang kala boleh menyebabkan w ...
Kepingan ais setebal lebih satu sentimeter dilihat menutup permukaan puncak Gunung Kinabalu pada awal pagi Sabtu.

Fenomena gunung berais itu dikatakan normal berlaku dan kadang kala boleh menyebabkan wujudnya kepingan ais seperti salji.



Kepingan ais di puncak Gunung Kinabalu.

Menurut malim gunung, Safrey Sumping, dia bersama pelancong dari Jepun tiba di puncak Gunung Kinabalu sebelum jam 5 pagi dan mendapati permukaan gunung dilitupi kepingan ais.

"Suhu ketika itu sejuk iaitu 0 darjah celsius dan angin kuat. Fenomena gunung dilitupi ais ini biasa berlaku dan berlanjutan sekitar dua hingga tiga hari mengikut keadaan cuaca terutama apabila tiba musim kemarau.

"Pagi tadi, saya berada di puncak membawa pelancong dari Jepun dan kepingan ais dilihat di sekitar antara kilometer 7.5 hingga kilometer 8.5," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.



Safrey menunjukkan kepingan ais di puncak Gunung Kinabalu.

Safrey yang sudah 15 tahun sebagai malim berkata, kepingan ais itu sudah kelihatan sejak Jumaat, namun ia dilihat lebih tebal pada hari kedua.

"Ketebalan ais kali ini setengah inci dan ketika kami dalam perjalanan turun dari puncak sekitar 6.30 pagi, ais masih kelihatan dan belum cair," katanya.

Sebelum itu, beberapa gambar yang menunjukkan keadaan Gunung Kinabalu diliputi ais dikongsikan sendiri oleh Safrey menerusi akaun Facebooknya dan turut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sesuatu… 4-2-2023 09:36 PM
Akinabaluuuu
Quote DeLuna85 6-2-2023 09:48 PM
Memang puncak tu sejuk. Beku la air yang ada kat atas tu
Quote beatgirlX 6-2-2023 10:41 PM
Kepingan ais tu blh la terima lagi.. Kalau salji.... Hmmm
Quote airfilterkotor 6-2-2023 10:49 PM
Pergunungan Jayawiijaya kat Indonesia ada salji.
Quote Andyscenes 7-2-2023 01:22 AM
rindu nk hiking
Quote noor2 7-2-2023 06:06 AM
Berita sama tiap tahun...mcm x biasa pulak kepingan ais ni kat gunung ni...
Quote cmf_premierleag 7-2-2023 08:15 AM
noor2 replied at 7-2-2023 06:06 AM
Berita sama tiap tahun...mcm x biasa pulak kepingan ais ni kat gunung ni...

Tu la..mcm bende baru lak kan..wartawan ni peghak kut
Quote noor2 7-2-2023 08:27 AM
cmf_premierleag replied at 7-2-2023 08:15 AM
Tu la..mcm bende baru lak kan..wartawan ni peghak kut

Tu la pasal....mmg ada ais pun puncak tu....dah tanah puncak tertinggi di Malaysia ni..

Cameron yg rendah dari kinabalu pun sejuk
Quote talapia 7-2-2023 10:00 AM
cmf_premierleag replied at 7-2-2023 08:15 AM
Tu la..mcm bende baru lak kan..wartawan ni peghak kut

bukan semua orang tau keadaan kat atas sana..
bukan semua orang kaki hiking.. pernah panjat gunung segala bagai..

info2 sebegini mungkin perkara baru untuk orang lain..

Fenomena gunung berais itu dikatakan normal berlaku dan kadang kala boleh menyebabkan wujudnya kepingan ais seperti salji.


dia pon tulis fenomena tu normal.. takde lak dia kata pelik ke.. or keajaiban ke apa..
sekadar info..
aku sendiri yg x pernah jejak kaki ke sana.. bila baca.. akan kata 'oo camtu eh'
dahla.. taula atas tu sejuk sampai ada ais..
takat kat gate Timpohon tu pon dah sejuk..
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 10:51 AM
apa nk heran...
Quote She-Ra 7-2-2023 10:53 AM
fenomena biasaaaa
kita yg pegi waktu biasa pun, sejuk terukkkkkkkkkk
mcm dlm peti ice daaaa.. nk keluarkan tangan pun berkira..
Quote copy_paste 7-2-2023 11:02 AM
airfilterkotor replied at 6-2-2023 10:49 PM
Pergunungan Jayawiijaya kat Indonesia ada salji.

sbb gunung tu lebih tinggi dari kinabalu,mmg sentiasa ada salji dan ada glaser,
Quote _blackbird 7-2-2023 11:35 AM
yg 0 degree temp cuma kat ground surface, jadi lah ice. kalau nak jadi salji, kena temp awan & udara 0 degree and below, moisture from air crystallize jadi snowflake
Quote supernaturalee 7-2-2023 11:45 AM
airfilterkotor replied at 6-2-2023 10:49 PM
Pergunungan Jayawiijaya kat Indonesia ada salji.

gugel tgk kt kepulauan papua new guinea



Quote Simunggu 7-2-2023 11:56 AM
tanda akan timbul Dorgon di atas gunung
Quote airfilterkotor 7-2-2023 12:54 PM
copy_paste replied at 7-2-2023 11:02 AM
sbb gunung tu lebih tinggi dari kinabalu,mmg sentiasa ada salji dan ada glaser,

Sekarang saiznya sedang mengecil.... hilang banyak pulak tu.
Quote airfilterkotor 7-2-2023 12:56 PM
supernaturalee replied at 7-2-2023 11:45 AM
gugel tgk kt kepulauan papua new guinea

Bersempadan dengan Papua. Sebab banjaran tu panjang, so depa tong-tong kongsi banjaran.
Rasanya yg ada salji tu belah Indonesia.
Quote Dwdrum 7-2-2023 12:59 PM
Masih tidak boleh di panggil snow capped mountain... Cuma nampak berlaku nya climate change if dahulu mount kinabalu tidak sejuk seperti sekarang...
Quote SedihPedih 7-2-2023 01:04 PM
kena hati2, pasti licin.

hari ni kawan i pakai spring coat kt office. tak tahan sejuk katanya. I rasa sheols dh lama x travel, so sejuk2 gini alasan yg baik nk pakai balik coat2 yg tersimpan

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057062 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top