CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Cacat Cerita Babak Atas Katil Pakai Tudung' - Azhar Sulaiman

3-2-2023 09:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6734| Komen: 63

Sering berkongsi pandangannya mengenai sesuatu isu menerusi media sosialnya, kali ini pelakon Azhar Sulaiman tampil memberikan saranan kepada pengarah dan penulis skrip berkenaan babak atas katil melibatkan pelakon wanita bertudung.



IG

Menurut Azhar, baginya ia adalah sesuatu yang tidak relevan dan logik untuk watak isteri yang duduk di atas katil sambil memakai tudung.

Malah, bapa kepada tiga cahaya mata itu juga turut mengepilkan gambar contoh iaitu foto Nabila Razali dan Aedy Ashraf yang bergandingan sebagai suami isteri menerusi sebuah drama yang disiarkan baru-baru ini.




Dalam entri itu juga, Azhar turut memberikan buah fikiran bagi mencantikkan adegan sebegitu dengan lebih kreatif.




Meninjau di ruangan komen, sebahagian netizen turut bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan Azhar.




Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nham22 3-2-2023 09:16 PM
Lame dah mcm ni... Ntah ape2x... Sejak zaman2x miwa filzah mendonia.. Hahaha
Quote cikenit2007 3-2-2023 09:24 PM
Betul2..kali ni aku setuju mami cakap..tak relevan ler pelakon bertudung  babak atas katil....
Quote beta_carotene 3-2-2023 09:26 PM
Screenplay drama adaptasi novel ni semua sepesen.. Plot storyline etc semua sama..
Quote umbut 3-2-2023 09:35 PM
Dari dulu pun dah perasan dah bagitau... Tapi netz lobai sibukkk kata dosa haremmm nuraka... Terpaksa ler buat scene tidur pki tudung.. Scene lain x leh?
Quote cm_vungtau 3-2-2023 09:45 PM
Dahla pakai tudung, full mekap pulak tu. takyah la ambik yang bertudung. Semua kontrol lawa aje. Tak real langsung.
Quote dudaberhias 3-2-2023 09:50 PM
khen... memang setuju sangat dengan mami lagi2 mami kan #teampeah

memang tak masuk akal ko nak sebilik dengan jantan sambil pakai tudung... director pun dah takde babak lain ke nak buat? babak dalam bilik tu tak perlu pun... kalau nak buat dalam bilik baik buat macam netflix terus... tunjuk jah lubsjubs pelakon semua sambil gesel2 dan aksi semua sekali... walaupun babak2 sedemikian tidak perlu dan takde kena mengena dengan storyline... ni nak jugak selit2 soft porn konon2 romantis gittewww... padahal sendiri stim dan berangan kat belakang kamera...
Quote Abc246 3-2-2023 10:01 PM
Scriptwriter n pengarah kene pandai adapt suasana.
Quote alien88 3-2-2023 10:13 PM
yang ni iolls setuju dgn mami
kalau pelakon tu pakai tudung, buat la scene tu dkt laman rumah ka tak pon masa nk bersiap g keja, ok la nak bertudung kan
Quote Incanto 3-2-2023 10:32 PM
setuju sangat

dari kapel yg muda sampai tua, bini tidur dgn tudung

masa tu lah nak bincang “ Bang , macam mana dgn anak kita  Danish tu , bang? “

pengarah pun … kalau pelakun perempuan bertudung tak payah lah buat scene dalam bilik tidur, tengah tidur, baru bangun tidur. Tunjuk je dalam laman rumah, dalam kereta
Quote eyansss 3-2-2023 11:03 PM
pakai tudung dalam bilik…  acah2 bergurau senda laki bini nak ehem2 dengan tudung masih melekat kat kepala…  tido dengan mekap tebal sekelepuk…  dalam rumah pun sama…  siap bulu mata pelesu tebal nak mams…  serious dah tak macam cerita kehidupan yang normal…  rindu sungguh drama2 bersiri or movie zaman dulu2…
Quote nylliette 3-2-2023 11:06 PM
kalau cerita untuk menang award tu, ya mencacatkan la. kalau setkt drama akasia tu bior je la, retis bertudung cuma cari rezeki gituw
Quote makadek 3-2-2023 11:10 PM
Sangat2... Menjengkel kn rasa nya tk payah ade scene gituh
Quote kuzaime 3-2-2023 11:10 PM
Watak bertudung tapi aksi mesra aku boleh hadam lagi walaupun kadang mcm krik2 aje, yg tahap menyampah bila babak bersolat @ nak tido, eyeshadow pun terang nampak walau nude color, foundation tebal, pakej bulu mata palsu tebal melentik2
Quote puanserama 3-2-2023 11:10 PM
#teammami kali ni
Quote riena3321 3-2-2023 11:20 PM
buat drama biar nmpak real. gi kerja pakai tudung. balik rumah nak masak, nak tidur pun bertudung jugak.
Quote kalchi 3-2-2023 11:32 PM
Pakai hijab/shawl ni takda isu dlm filem iran wlpn psl suami isteri sbb jalan cite filem diorang tgk lah, takde merapu2 mcm adaptasi novel cinta ni. Jd wlpn actress dia pakai tudung, audience tak rasa pelik sbb plot dia lebih penting nak pikir drpd nk kesahkan tudung tu. Yg cite melayu ni opkos la menggaggu mata audience, skrip melalut2 scene manja2 yg banyak. Kita yg tgk ni jd geli. Tambah pulak si nabila razali yg suara mcm itik tejepit blakon lg menambahkan sengsara nengoknya
Quote lanse 3-2-2023 11:43 PM
riena3321 replied at 3-2-2023 11:20 PM
buat drama biar nmpak real. gi kerja pakai tudung. balik rumah nak masak, nak tidur pun bertudung ju ...

Setuju..biar nampak real
Quote starcity 4-2-2023 01:09 AM
Aku ingtkan aku sorg rasa mcm ni. Paling tak suka kalau drama tu heroin pakai tudung yg jalan cerita dia nnti akan end up.kawin etc. Aku tak leh terima la scene laki bini tido sekatil tp bini bertudung. Mmg potong terus selera nk tgk. Heroin2 bertudung ni mula dari Mira Filzah la pelopor nya. Pastu Siti Nordiana, Sharifah Ros, Umi Nazeera, Zara Zya. Ni Nad Zainal dh berhijab nnti sama.la gak
Quote jejaka_hensem 4-2-2023 01:15 AM
Dah penulis skrip n pengarah pun bodoh.dah taupelakon tu bertudung,ko tetap jugak nak buat scene atas katil,makan2 dalam rumah.
Pengarah perlu kreatif kalau melibatkan pelakon2 bertudung ni.jangan la ikut cara pengarahan org dulu.berfikir la sikit luar kotak.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.077653 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top