Baru dapat RM250,000 hasil pembiayaan semula atau ‘refinance’ rumah, sudahnya datang saudara-mara dengan muka tidak malu mahu pinjam wang selepas terdengar dapat duit tunai ‘selonggok’. Hasil yang diperolehi itu pada asalnya dirancang untuk membuat pelaburan hartanah selain memulakan perniagaan kecil, namun terpaksa pula memberikan pinjaman kepada sudara-mara yang tidak tahu malu.
Itu kisah yang dialami seorang individu seperti dikongsikan perunding kewangan, Ky Tee, berhubung seorang kliennya yang didatangi saudara-mara terdekat selepas mengetahui dia kini ‘berduit’. “Klien ini beritahu ibu bapanya dia dapat wang tunai RM250,000 daripada ‘refinance’, mana dia tahu ibu bapa beritahu saudara-mara mereka. Sekarang ramai saudara-mara datang minta tolong untuk pinjam wang. “Dia dah beri pinjam sebanyak RM15,000 kepada saudara-mara. Semalam dia dapat lagi panggilan daripada seorang anak saudara kata nak pinjam RM3,000 lagi,” katanya pada hantaran Facebook.
Ky Tee berkata, wang daripada pembiayaan semula rumah itu bukan dapat daripada keuntungan berniaga. “Wang ini adalah daripada ‘refinance’ rumah, ansuran perlu bayar bulan-bulan. Sekarang wang tunai dia tinggal RM230,000. Perancangan asal nak buat niaga dan pelaburan hartanah dah lari,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|
gigahertz replied at 3-2-2023 06:12 PM
i tu hari annouce dapat KWSP 10k pun menyesal announce
sebab mak i mintak meja baru
rikiruj replied at 3-2-2023 05:43 PM
Tu duit selonggok bukan dapat pree.. tu duit sendiri hutang refinance.. agak bodoh jugaklah pergi an ...
green~tea replied at 3-2-2023 06:32 PM
Aiyorkkkk duit refinance tu tetaplah HUTANGGGGGGG...
gigahertz replied at 3-2-2023 06:12 PM
i tu hari annouce dapat KWSP 10k pun menyesal announce
sebab mak i mintak meja baru
green~tea replied at 3-2-2023 06:32 PM
Aiyorkkkk duit refinance tu tetaplah HUTANGGGGGGG...
green~tea replied at 3-2-2023 06:26 PM
Nak bongak tu dalam forum je lahh anonymous yg takde sapa kenal dah le.. arwah mak ayah i sendiri pu ...
ADVERTISEMENT