View: 5288|Reply: 71
|
Dapat Duit 'Selonggok' RM250 Ribu, Saudara-Mara Tiba-Tiba Serbu Nak Pinjam Duit
[Copy link]
|
|
Baru dapat RM250,000 hasil pembiayaan semula atau ‘refinance’ rumah, sudahnya datang saudara-mara dengan muka tidak malu mahu pinjam wang selepas terdengar dapat duit tunai ‘selonggok’.
Hasil yang diperolehi itu pada asalnya dirancang untuk membuat pelaburan hartanah selain memulakan perniagaan kecil, namun terpaksa pula memberikan pinjaman kepada sudara-mara yang tidak tahu malu.
Itu kisah yang dialami seorang individu seperti dikongsikan perunding kewangan, Ky Tee, berhubung seorang kliennya yang didatangi saudara-mara terdekat selepas mengetahui dia kini ‘berduit’.
Foto: Kosmo
“Klien ini beritahu ibu bapanya dia dapat wang tunai RM250,000 daripada ‘refinance’, mana dia tahu ibu bapa beritahu saudara-mara mereka. Sekarang ramai saudara-mara datang minta tolong untuk pinjam wang.
“Dia dah beri pinjam sebanyak RM15,000 kepada saudara-mara. Semalam dia dapat lagi panggilan daripada seorang anak saudara kata nak pinjam RM3,000 lagi,” katanya pada hantaran Facebook.
Ky Tee berkata, wang daripada pembiayaan semula rumah itu bukan dapat daripada keuntungan berniaga.
“Wang ini adalah daripada ‘refinance’ rumah, ansuran perlu bayar bulan-bulan. Sekarang wang tunai dia tinggal RM230,000. Perancangan asal nak buat niaga dan pelaburan hartanah dah lari,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Lenkali senyap2 jer
Cakaplah nak tutup loan lain |
|
|
|
|
|
|
|
Tu duit selonggok bukan dapat pree.. tu duit sendiri hutang refinance.. agak bodoh jugaklah pergi announce kat semua orang |
|
|
|
|
|
|
|
i tu hari annouce dapat KWSP 10k pun menyesal announce
sebab mak i mintak meja baru |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 3-2-2023 06:12 PM
i tu hari annouce dapat KWSP 10k pun menyesal announce
sebab mak i mintak meja baru
Nasib mak aku x mintak ape2 time kwsp keluar hari tu xberani dia nk mintak pnya ikotkn dlm umh kt kg tu hmpir separuh brg2 dlm tu duit aku beli,emas kt bdn complete dh aku belikn utk dia jgk huhu |
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 3-2-2023 05:43 PM
Tu duit selonggok bukan dapat pree.. tu duit sendiri hutang refinance.. agak bodoh jugaklah pergi an ...
Aiyorkkkk duit refinance tu tetaplah HUTANGGGGGGG... |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 3-2-2023 06:32 PM
Aiyorkkkk duit refinance tu tetaplah HUTANGGGGGGG...
Khueen
Salah sendiri la sapo suruh pi bukak mulut
Duit refinance tu pun hutang dr bank
Tetap gak kene serve loan bank
Bukan duit free |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la tu
cuba hebohkan kita byk hutang
sedara mara sendiri pun tak mengaku sedara
|
|
|
|
|
|
|
|
la dgn mak sendiri pun berkira
ko tauke barang2 komputer masyuk kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Hal mcm ni santai2 je cerita dgn keluarga. Cerita dpt bonus, buat loan, naik gaji etc. Tapi kenapa baik hati sgt bagi pinjam? Bkn duit terpijak. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali kalo berkaitan pasal duit baik diam .. |
|
|
|
|
|
|
|
Diam je. Biar orang berteka-teki sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa manusia lain selalu rasa dia ada hak juga ke atas duit orang lain tu.
Tak kira la adik badik ke sedara mara ke apa..
Pesen pangai meminta2 nih tak gemor sungguh, sanggup haku berlagak meskin manjang sbb ghisau ada yg nak kedik duit.
Kita bukan kedekut tp tak suka org minta2,kalau minta mmg tak dapat.
Biarlaah kita yg ikhlas nk bg, kadang dh plan dah mmg nk bg sekian. So tunggu je dan doa byk2 supaya org murah hati nk hulur sekian2 tp jgn sesekali mintak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gatei p cerita kat org makpak ponnn |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 3-2-2023 06:32 PM
Aiyorkkkk duit refinance tu tetaplah HUTANGGGGGGG...
Memang lahhhh…actually bahasa sebenarnya “tambah hutang” |
|
|
|
|
|
|
|
ni termasuk dldm gologan
kalau tak bagi pinjam
mak pak tuduh berkedut dan berkira kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 3-2-2023 06:26 PM
Nak bongak tu dalam forum je lahh anonymous yg takde sapa kenal dah le.. arwah mak ayah i sendiri pu ...
Aku sonang.. org nak pinjam duit aku kata ilekkkkkk.. kad bank laki pegang.. nak pinjam mntk dgn dia.. hohohoho.. itu care aku mlpskan diri dr org yg nak berhutang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|