Kuantan: Dua wanita rugi lebih RM80,030 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan berkaitan penghantaran bungkusan mengandungi barang terlarang. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa masing-masing berusia 40 dan 41 tahun menerima panggilan daripada ahli sindiket yang menyamar pihak berkuasa pada 31 Januari dan 1 Februari lalu.
Katanya, kes pertama membabitkan seorang guru yang menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu mangsa ada menghantar satu bungkusan yang mengandungi barang terlarang. "Talian itu kemudiannya disambungkan kepada polis dan dimaklumkan mempunyai kesalahan lain dan mempunyai satu waran tangkap ke atasnya. "Mangsa yang ketakutan kemudian disambungkan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Datuk Aman dan memintanya membuat pindahan wang jika mahu kesnya diselesaikan.
"Mangsa membuat transaksi sebanyak tiga kali ke dalam akaun bank yang diberikan sehingga mengalami kerugian berjumlah RM59,980," katanya dalam kenyataan hari ini. Ramli berkata, mangsa kedua yang juga peniaga makanan menerima panggilan daripada seorang pekerja syarikat penghantaran barang. Katanya, mangsa diberitahu ada bungkusan pos tidak boleh dihantar kerana bungkusan terbabit mempunyai barang terlarang seperti kad mesin juruwang automatik (ATM), buku cek dan kad sim. "Panggilan mangsa disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan bercakap dengan seorang Sarjan sebelum disambungkan kepada pegawai berpangkat Inspektor. "Mangsa diberitahu mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah berat dadah dan pengubahan wang haram. "Mangsa diminta untuk memberikan butiran akaun bank untuk siasatan dan mangsa membuat pindahan wang sebanyak enam kali transaksi kepada empat akaun yang berbeza sehingga mengalami kerugian RM20,050. "Dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. Ramli menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan panggilan yang tidak dikenali dan nombor telefon yang mencurigakan. "Orang ramai juga dinasihati supaya terus merujuk kepada agensi yang berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya didakwa mempunyai masalah membabitkan agensi terbabit," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro |
sarahmirza replied at 3-2-2023 05:08 PM
Selamat dapat call dari "etiqa insurance takaful" nak dapatkan pengesahan berkaitan claim i yang dib ...
Abc246 replied at 3-2-2023 10:08 PM
Sebab tu la sekarang malas nak angkat nombor tak dikenali. Lagi2 kalau landline
noor2 replied at 4-2-2023 07:41 AM
Baru ni scammer call aku konon dari tol RNR tapah...tah apa kena mengena tol dgn aku....dia tanya ad ...
wirazam replied at 4-2-2023 08:23 AM
Terbaik sisss..patutnya sis sekolahkan sammer Tu sampai scammer tu nangis insaf hahaha
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia ...
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia ...
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia ...
mojarean_X replied at 4-2-2023 09:41 AM
Hebatnya kak noor bole sekolahkan nigeria smpi dia dedahkan diri dia yg sbnr. Mesti kak noor ni bk ...
green~tea replied at 4-2-2023 09:35 AM
Nigeria ni mmg rakyat dia pencuri.. selamba je bom paip2 negara diorg utk curi minyak... cer Googl ...
noor2 replied at 4-2-2023 12:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia ...
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia ...
ADVERTISEMENT