View: 3313|Reply: 40
|
RM80,030 Lesap Angkara Panggilan Nombor Tidak Dikenali
[Copy link]
|
|
Kuantan: Dua wanita rugi lebih RM80,030 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan berkaitan penghantaran bungkusan mengandungi barang terlarang.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa masing-masing berusia 40 dan 41 tahun menerima panggilan daripada ahli sindiket yang menyamar pihak berkuasa pada 31 Januari dan 1 Februari lalu.
Katanya, kes pertama membabitkan seorang guru yang menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu mangsa ada menghantar satu bungkusan yang mengandungi barang terlarang.
 Gambar Hiasan
"Talian itu kemudiannya disambungkan kepada polis dan dimaklumkan mempunyai kesalahan lain dan mempunyai satu waran tangkap ke atasnya.
"Mangsa yang ketakutan kemudian disambungkan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Datuk Aman dan memintanya membuat pindahan wang jika mahu kesnya diselesaikan.
"Mangsa membuat transaksi sebanyak tiga kali ke dalam akaun bank yang diberikan sehingga mengalami kerugian berjumlah RM59,980," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramli berkata, mangsa kedua yang juga peniaga makanan menerima panggilan daripada seorang pekerja syarikat penghantaran barang.
Katanya, mangsa diberitahu ada bungkusan pos tidak boleh dihantar kerana bungkusan terbabit mempunyai barang terlarang seperti kad mesin juruwang automatik (ATM), buku cek dan kad sim.
" anggilan mangsa disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan bercakap dengan seorang Sarjan sebelum disambungkan kepada pegawai berpangkat Inspektor.
"Mangsa diberitahu mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah berat dadah dan pengubahan wang haram.
"Mangsa diminta untuk memberikan butiran akaun bank untuk siasatan dan mangsa membuat pindahan wang sebanyak enam kali transaksi kepada empat akaun yang berbeza sehingga mengalami kerugian RM20,050.
"Dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Ramli menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan panggilan yang tidak dikenali dan nombor telefon yang mencurigakan.
"Orang ramai juga dinasihati supaya terus merujuk kepada agensi yang berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya didakwa mempunyai masalah membabitkan agensi terbabit," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat dapat call dari "etiqa insurance takaful" nak dapatkan pengesahan berkaitan claim i yang dibuat bulan Jan baru ni...
Bila i cakap takde buat apa2 claim terus dia letak telefon...insurance kereta i mmg pakai etiqa pun tapi bukan takaful. Mengada betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu la sekarang malas nak angkat nombor tak dikenali. Lagi2 kalau landline |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kes ni nk selesai pon xth la klau org kg kena tipu aku blh la percaya lg ni cikgu kot x tahu nk sedih ke idak skrng,aku dpt call sekian2 dr pos lhdn jnt hada hada mmg lambat lg aku nk layan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tengah2 berforum aku dapat call dari scammer, aku pilih layan scammer.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak, memang kalau bercakap dengan scammer ni takde jalan keluar ke? Selalu dapat call dari mobile number, mesin bercakap claiming dari LHDN etc. tapi takdela nak dengar |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 3-2-2023 05:08 PM
Selamat dapat call dari "etiqa insurance takaful" nak dapatkan pengesahan berkaitan claim i yang dib ...
Eh sama la..last week..i terus jwb eh i xde amik insurans tu. Terus org tu letak..huh |
|
|
|
|
|
|
|
smlm dpt call ckp dari petisyen yg aku sign. punya la bolak balik ckp.. tetiba tanya alamat rumah aku pulak.
aku mtk depa email kan detail apa yg depa ndak.. sbb aku check dlm email tkde apa2 pulak dari ngo tu..
dah la satu kerja nk check acc bank hari2 kot duit lesap..
suara tu ppuan india yg tergesa2 bercakap. aku membayangkan dia pun kerja dgn sindiket scammer ni. tk capai target ke. bila baca yg polis ckp bkn nya kena culik n dipaksa pun jd scammer.. cuma nk kerja yg senang tp gaji nak byk. |
|
|
|
|
|
|
|
Abc246 replied at 3-2-2023 10:08 PM
Sebab tu la sekarang malas nak angkat nombor tak dikenali. Lagi2 kalau landline
Aku pun tak jawab no tak dikenali. Nak apa2 sila whatsapp dan perkenalkan diri. Kalau aku tak berpuas hati dengan jawapan,terus block. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ni scammer call aku konon dari tol RNR tapah...tah apa kena mengena tol dgn aku....dia tanya ada apa yg dia boleh setelkan..aku kata mana aku tahu ko yg call aku...katanya aku ada guna tol ke..aku kata x de..ada guna touch n go ke tanya nya lagi..aku jawab x de...semua aku jawab x de...last dia kata boleh cik bv no IC dan nama penuh untuk dia semak...aku kata untuk apa aku bg ko kalau aku x guna semua tu...ko scammer ke apa aku tanya...dia kata x pelah kalau x nk bg....terus dia putuskan talian
BONGOKKKKK |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 4-2-2023 07:41 AM
Baru ni scammer call aku konon dari tol RNR tapah...tah apa kena mengena tol dgn aku....dia tanya ad ...
Terbaik sisss..patutnya sis sekolahkan sammer Tu sampai scammer tu nangis insaf hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 4-2-2023 08:23 AM
Terbaik sisss..patutnya sis sekolahkan sammer Tu sampai scammer tu nangis insaf hahaha
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia teruk x tolong rakyat...dia Video Call dgn i tunjuk sekitar tempat tinggal dia...mmg daif, tanah merah...rumah buruk...dia kata ni keadaan rakyat nigeria kebanyakan...aku kata kat dia balik ko tipu org lain, org yg kena tipu tu pun bukan kaya..ada yg bunuh diri sebab duit simpanan abis...dia kata dia rasa bersalah juga bila scammed org tapi dia kata tu je cara kebanyakan depa cari duit...
Aku kata ko x usah la bodoh sgt...buat la channel youtube boleh jd kaya raya... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia ...
Terbaikkkkk sis... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia ...
Nigeria ni mmg rakyat dia pencuri.. selamba je bom paip2 negara diorg utk curi minyak... cer Google.. setiap tahun pun tak abis2 kejadian camtu...
Negara kaya minyak.. tp rakyat jahat |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia ...
Hebatnya kak noor bole sekolahkan nigeria smpi dia dedahkan diri dia yg sbnr. Mesti kak noor ni bkn calang2 orangnya |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 4-2-2023 09:41 AM
Hebatnya kak noor bole sekolahkan nigeria smpi dia dedahkan diri dia yg sbnr. Mesti kak noor ni bk ...
Ala...mcm la nigeria tu nk dgr....pandaila hang cik marjerin ayat manis |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 4-2-2023 09:35 AM
Nigeria ni mmg rakyat dia pencuri.. selamba je bom paip2 negara diorg utk curi minyak... cer Googl ...
Kerajaan depa mesti jahat tindas rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Patut bagi tahu sekali, kenapa pemimpin tak elok, sebab rakyat nya pon tak elok, begitulah juga vice versa.
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia ...
Tu pun antara skrip scammer jugak.pura2 miskin,susah,terdesak..acah tak bersalah.kalau ko layan lagi,silap2 melayang singgit dua sebagai derma jihad. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka ni pelik pulak. Kalau kaka dpt call dr scammer kaka suka! Kaka akan mainkan dia balik. Awal2 perbualan, buatlah mcm innocent bla bla bla. Kendian kaka akan mencelah, kau anak siapa hah? Mak bapak ko lahirkan ko bukan suruh buat kerje bodoh mcmni!! Hei! Bertaubatlah woi!! Rugi besar la kalau dpt anak penipu mcmni!!! Ke...kau tak terdeska takde duit nk beli aiskrim! Sori you alls. Kaka mmg gatal mulut. Tgn pun gatal nk jwb je kol scammer. |
|
|
|
|
|
|
| |
|