Georgetown: Pengguna khususnya masyarakat India disaran supaya menjimatkan penggunaan kelapa pada sambutan Thaipusam serta memboikot jualan kelapa yang dijual pada harga tinggi,' kata Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan aktivis, NV Subbarow.
Malah Subbarow turut mencadangkan supaya penganut Hindu hanya memecahkan sebiji kelapa pada upacara sambutan berkenaan. Kata Subbarow, upacara pecah kelapa semasa Thaipusam adalah amalan pembersihan oleh penganut Hindu, dan simbolik menyerah ego seseorang kepada Tuhan. Menurutnya, sebilangan penganut kurang mengetahui sebab di sebalik upacara pecah kelapa dan menyangka bahawa lebih banyak kelapa dipecahkan, lebih banyak tuah dilimpahi kepada mereka. "Mereka memecahkan beribu-ribu kelapa setiap tahun yang akan berakhir di tapak pelupusan dan dibakar sebelum bertukar menjadi asap mencemarkan alam sekitar.
"Menghabiskan wang bagi membeli ribuan kelapa dianggap tidak bijak terutama ketika keadaan ekonomi sekarang," katanya pada kenyataan di sini, hari ini. Subbarow berkata, wang yang diguna bagi upacara pecah kelapa itu sekurang-kurangnya boleh menampung keperluan masyarakat di bawah paras kemiskinan. Katanya, harga kelapa juga dijangka meningkat semasa sambutan Thaipusam dan sekiranya pengguna membayar lebih, harga akan terus meningkat. "Harga kelapa di pasaran ialah RM1.70 hingga RM1.90 sebiji dan semasa Thaipusam, ia dijangka meningkat sehingga RM3 sebiji. "Sehubungan itu, CAP menggesa orang ramai supaya hanya pecahkan sebiji kelapa dan jangan belinya jika ia dijual pada harga tinggi," katanya.-CARI Sumber: Harian Metro
|
orkid_amani replied at 3-2-2023 05:18 PM
Tu yg cina p lempaq buah Oren dlm Laut utk jodoh tu xkira membazir plak..aii xingat laa perayaan apa
orkid_amani replied at 3-2-2023 05:18 PM
Tu yg cina p lempaq buah Oren dlm Laut utk jodoh tu xkira membazir plak..aii xingat laa perayaan apa
kepompong replied at 3-2-2023 05:14 PM
limau2 & buah2 kat berhala ke apa entah tu, Tak membazir ke? sukati dorang la ritual dorang kan
airfilterkotor replied at 3-2-2023 05:44 PM
Pecah sebiji sahaja utk setiap penganut ke,
atau sebiji utk satu upacara (Thaipusam) saja?
Belibis replied at 3-2-2023 08:51 PM
Dah pakai limau plastik laaa..harap kelapa plastik pun ada la lepas ni.
Perwira2022 replied at 3-2-2023 07:27 PM
Agama bodoh je yg menggalakkan pembaziran bahan makanan
ADVERTISEMENT