View: 3151|Reply: 52
|
Penganut disaran pecah hanya sebiji kelapa semasa Thaipusam
[Copy link]
|
|
Penganut disaran pecah hanya sebiji kelapa semasa Thaipusam

NV Subbarow menyarankan orang ramai supaya menjimatkan penggunaan kelapa pada sambutan Thaipusam serta memboikot jualan kelapa yang dijual pada harga tinggi. FOTO Ihsan CAP
Georgetown: Pengguna khususnya masyarakat India disaran supaya menjimatkan penggunaan kelapa pada sambutan Thaipusam serta memboikot jualan kelapa yang dijual pada harga tinggi,' kata Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan aktivis, NV Subbarow.
Malah Subbarow turut mencadangkan supaya penganut Hindu hanya memecahkan sebiji kelapa pada upacara sambutan berkenaan.
Kata Subbarow, upacara pecah kelapa semasa Thaipusam adalah amalan pembersihan oleh penganut Hindu, dan simbolik menyerah ego seseorang kepada Tuhan.
Menurutnya, sebilangan penganut kurang mengetahui sebab di sebalik upacara pecah kelapa dan menyangka bahawa lebih banyak kelapa dipecahkan, lebih banyak tuah dilimpahi kepada mereka.
"Mereka memecahkan beribu-ribu kelapa setiap tahun yang akan berakhir di tapak pelupusan dan dibakar sebelum bertukar menjadi asap mencemarkan alam sekitar.
"Menghabiskan wang bagi membeli ribuan kelapa dianggap tidak bijak terutama ketika keadaan ekonomi sekarang," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.
Subbarow berkata, wang yang diguna bagi upacara pecah kelapa itu sekurang-kurangnya boleh menampung keperluan masyarakat di bawah paras kemiskinan.
Katanya, harga kelapa juga dijangka meningkat semasa sambutan Thaipusam dan sekiranya pengguna membayar lebih, harga akan terus meningkat.
"Harga kelapa di pasaran ialah RM1.70 hingga RM1.90 sebiji dan semasa Thaipusam, ia dijangka meningkat sehingga RM3 sebiji.
"Sehubungan itu, CAP menggesa orang ramai supaya hanya pecahkan sebiji kelapa dan jangan belinya jika ia dijual pada harga tinggi," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pa-semasa-thaipusam
|
|
|
|
|
|
|
|
Membazir Beribu-Ribu Dibuang- Penganut Hindu Disaran Pecah Hanya Sebiji Kelapa Semasa Thaipusam
Georgetown: Pengguna khususnya masyarakat India disaran supaya menjimatkan penggunaan kelapa pada sambutan Thaipusam serta memboikot jualan kelapa yang dijual pada harga tinggi,' kata Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan aktivis, NV Subbarow.
Malah Subbarow turut mencadangkan supaya penganut Hindu hanya memecahkan sebiji kelapa pada upacara sambutan berkenaan.
Kata Subbarow, upacara pecah kelapa semasa Thaipusam adalah amalan pembersihan oleh penganut Hindu, dan simbolik menyerah ego seseorang kepada Tuhan.
 Foto: CAP
Menurutnya, sebilangan penganut kurang mengetahui sebab di sebalik upacara pecah kelapa dan menyangka bahawa lebih banyak kelapa dipecahkan, lebih banyak tuah dilimpahi kepada mereka.
"Mereka memecahkan beribu-ribu kelapa setiap tahun yang akan berakhir di tapak pelupusan dan dibakar sebelum bertukar menjadi asap mencemarkan alam sekitar.
"Menghabiskan wang bagi membeli ribuan kelapa dianggap tidak bijak terutama ketika keadaan ekonomi sekarang," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.
Subbarow berkata, wang yang diguna bagi upacara pecah kelapa itu sekurang-kurangnya boleh menampung keperluan masyarakat di bawah paras kemiskinan.
Katanya, harga kelapa juga dijangka meningkat semasa sambutan Thaipusam dan sekiranya pengguna membayar lebih, harga akan terus meningkat.
"Harga kelapa di pasaran ialah RM1.70 hingga RM1.90 sebiji dan semasa Thaipusam, ia dijangka meningkat sehingga RM3 sebiji.
"Sehubungan itu, CAP menggesa orang ramai supaya hanya pecahkan sebiji kelapa dan jangan belinya jika ia dijual pada harga tinggi," katanya.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
limau2 & buah2 kat berhala ke apa entah tu, Tak membazir ke? sukati dorang la ritual dorang kan |
|
|
|
|
|
|
|
Tu yg cina p lempaq buah Oren dlm Laut utk jodoh tu xkira membazir plak..aii xingat laa perayaan apa |
|
|
|
|
|
|
|
Kelapa yang Dorang pecahkan tu boleh guna balik tak? Dah pecahkan bawak baliklah parut buat masak kari. Atau hampas buat kuih. Apola membazir. Kelapa mahal tau |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 3-2-2023 05:18 PM
Tu yg cina p lempaq buah Oren dlm Laut utk jodoh tu xkira membazir plak..aii xingat laa perayaan apa
Chap goh mei |
|
|
|
|
|
|
|
Pecah sebiji sahaja utk setiap penganut ke,
atau sebiji utk satu upacara (Thaipusam) saja? |
|
|
|
|
|
|
|
Apola acik.forum ni..dia india biaq pi la dia tegur sedara seagama dia sendiri.kang kalo lebai mail ka teddy yap ka yg tegur, dikata racist |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya isi kelapa tua. Rugi bila dibazirkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Agama bodoh je yg menggalakkan pembaziran bahan makanan |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah tu sekurangnya mereka menjana ekonomi dalam negara tak seperti yang satu tu mengkayakan negara yang satu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm seminggu ni beli santan kotak je ye. Takut santan fresh itu adalah Kelapa recyle. |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek aku dulu2 lepas thaipusam mmg tak beli kelapa parut kat pasar. Takut dpt kelapa recycle katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 3-2-2023 05:14 PM
limau2 & buah2 kat berhala ke apa entah tu, Tak membazir ke? sukati dorang la ritual dorang kan
Dah pakai limau plastik laaa..harap kelapa plastik pun ada la lepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 3-2-2023 05:44 PM
Pecah sebiji sahaja utk setiap penganut ke,
atau sebiji utk satu upacara (Thaipusam) saja?
Sorang sebiji je limit |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 3-2-2023 08:51 PM
Dah pakai limau plastik laaa..harap kelapa plastik pun ada la lepas ni.
Limau plastik pencemaran la pulak nanti..better pkai limau betul…limau x semahal kelapa n berlambak je limau import prc x laku..org pon x beli sgt sbb chemical
And in comparison,kalau kat malaysia kegunaan kelapa lg penting banding limau |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 3-2-2023 07:27 PM
Agama bodoh je yg menggalakkan pembaziran bahan makanan
Kalau bln puasa, time bazzar ramadhan dan buffet ramadhan…cuma yg ni amalan penganut islam, bukan ajaran islam  |
|
|
|
|
|
|
|
Xtau nape…bila baca artikel ni mesti asyik tbaca kepala kepala….kelapa lahhh  |
|
|
|
|
|
|
| |
|