CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Content IG Sendu, Penuh Gambar Jenazah- Noorkhiriah Hairan Ada Yang Nak Godam

3-2-2023 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 952| Komen: 4

Noorkhiriah meluahkan rasa hairan kerana akaun Instagramnya cuba digodam walaupun kandungan dalam media sosial tersebut tidak menarik seperti orang lain.

Ujar pelakon itu, akaun Instagram miliknya banyak dipenuhi dengan gambar jenazah memandangkan dia kini aktif dengan kerja amal menguruskan khidmat pengurusan jenazah secara percuma, Pertubuhan Amal Nur by Khiriah kepada golongan memerlukan.


“Assalamualaikum wahai penggodam. Instagram akak (gelarannya) tak ada apa yang menarik melainkan banyak gambar jenazah. Fikir banyak kali ya (sebelum menggodam),” tulisnya dalam hantaran Instagram.


Foto: IG

Barangkali geram dengan perbuatan jahat tersebut, Noorkhiriah memuat naik sekeping foto jenazah yang siap dikapan berbaring di atas tempat mandian di dalam bilik mayat.

Pada masa sama, pelakon drama Bedah Tong Gas itu menasihatkan penggodam agar diberi kesedaran agar tidak melakukan penganiayaan terhadap orang lain.


Dalam perkongsian tersebut, Noorkhiriah turut berkongsi akaun Instagram kedua miliknya sekiranya yang sedia ada digodam suatu hari nanti.




Menerusi ruangan komen, ramai peminat pelakon itu berkata, penggodam tertarik untuk menggodam akaun Instagramnya kerana dia memiliki seramai sejuta pengikut.

“Sebab pengikut akak ramai, jadi dia nak godam dan jual Instagram ini,” jelas seorang pengikutnya.

Sebelum ini, banyak akaun Instagram selebriti popular yang memiliki jutaan pengikut menjadi mangsa godam antaranya Aizat Amdan, Emma Maembong, Janna Nick, Ayda Jebat dan Wawa Zainal. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-2-2023 09:30 PM
Kaya tak buat pertubuhan amal ni
Quote Abc246 3-2-2023 10:12 PM
Mungkin saja cari pasal tak puas hati bila tengok orang tenang2 je
Quote dudaberhias 3-2-2023 10:21 PM
ada la tu engko login kat mana2 tu dikkkk samada website phising or app phising... hujung2 rhoperrnyaaa hakak ecah taat somi yang gigih download app2 get followers dan login kat situ untuk dan pakat kutip coin untuk tambah followers... tup tup kena hack... lain kali secure dulu k pakai 2FA ke 3FA
Quote eyansss 3-2-2023 11:58 PM
Perawankota: Kaya tak buat pertubuhan amal ni


kaya sebab tu berlambak2 suka acah2 ngo prihatin pastu collect derma…  sebab diorang boleh amek 30% atas alasan admin cost…  ni kalau dia buat audit…  kalau sejenis takde audit?  pikir sendiri la…  bwahahaha…

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.033842 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top