CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saharul Ridzwan Nak Simpan Janggut Sampai Mati, Tak Rela Korbankan Untuk Penuhi Watak

3-2-2023 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2890| Komen: 36

Description: Seiring dengan perubahan imejnya yang sedang mendalami ilmu agama, pelakon Saharul Ridzwan enggan ‘mengorbankan’ janggut semata-mata untuk memenuhi tuntutan watak dalam naskhah lakonannya pada masa ...
Seiring dengan perubahan imejnya yang sedang mendalami ilmu agama, pelakon Saharul Ridzwan enggan ‘mengorbankan’ janggut semata-mata untuk memenuhi tuntutan watak dalam naskhah lakonannya pada masa akan datang.


Ujar Saharul atau nama lengkapnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 34, dia tidak rela mencukur sehingga licin janggutnya kerana mahu menyimpannya sehingga mati.

Foto: IG

“Cukur janggut? Tidak rasanya. Saya mahu simpan sampai mati janggut ini. Mahu jaga sunah Rasulullah. Insya-Allah, saya boleh buat,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon tinggi lampai itu lagi, dia melihat janggut yang menghiasi wajahnya tidak menjadi penghalang untuk dia terus aktif dalam bidang lakonan memandangkan penggiat seni kreatif di Malaysia seperti penulis skrip sudah boleh memahami keadaan sebegitu.



“Lagipun penggiat seni seperti penulis skrip di Malaysia sekarang semakin hebat. Mereka boleh memahaminya.

“Jadi untuk karakter akan datang selepas ini, selagi boleh memang saya tidak mahu mencukur janggut. Mungkin boleh guna teknik solekan untuk ‘cover’ bahagian janggut saya. Benda boleh kita buat, jadi tiada masalah,” jelasnya.



Dalam pada itu ketika disoal tentang perkembangan karier lakonannya, Saharul berkata, buat masa ini dia menolak untuk kembali ke set penggambaran kerana mahu memberi tumpuan kepada isterinya yang masih lagi berpantang.

“Sekarang saya sibuk jaga anak ketiga yang baru dilahirkan pada 21 Januari lalu. Isteri pun masih lagi berpantang. Jadi buat masa sekarang memang saya sekat dahulu jadual berlakon.

“Selain menjaga isteri dan anak, saya juga mahu memberi tumpuan untuk membangunkan perniagaan saya,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang baru-baru ini.




Sejak lebih setahun lalu, Saharul mula memperlahankan rentak karier lakonannya apabila aktif mengikuti aktiviti berdakwah.



Kata Saharul, dia menganggap dirinya masih dalam fasa memantapkan rohani untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 3-2-2023 04:24 PM
Edited by Kancilkering at 3-2-2023 04:41 PM

film baru dia tu ….badan kacak dwayne the rock johnson…..bagak gle…..
sabri yunus dh acah acah godfather ….
Quote Perawankota 3-2-2023 09:26 PM
Kancilkering:  Edited by Kancilkering at 3-2 ...


Best ke idok
Quote slyfynx 3-2-2023 09:29 PM
Frankly, kalau jadi pelakon, x ke mcm x berapa insaf.
If insaf then cari la jalan hidup lain
Quote TerataiMelur02 3-2-2023 09:32 PM
slyfynx replied at 3-2-2023 09:29 PM
Frankly, kalau jadi pelakon, x ke mcm x berapa insaf.
If insaf then cari la jalan hidup lain

Kan…kalau dah insaf tu tinggalkan la dunia lagho
Quote lovelytouch 3-2-2023 09:34 PM
Halahhh halahhhh haiiiii
Quote dudaberhias 3-2-2023 10:04 PM
selamat menjadi kepam dan penuh sabut kelapa dekat muka macam mamu bau2 masam gittuh...

takpelah job pun memang sendu dah kan.. fokus family, istiqomah dan keluarga jah gittewwww...
Quote winky1 3-2-2023 10:09 PM
I tak pernah tengok his live or whatever...I know dia into good things...but I still tak boleh tengok artis promote products sendiri or otherwise  and talking abt ugama ..I just cannot...I sorang ka rasa camni
Quote Kancilkering 3-2-2023 10:16 PM
Perawankota replied at 3-2-2023 09:26 PM
Best ke idok

kesian pula tgk pegawai maratim tu …badan badan pak guard mall…casting cam x betul
je…
asset maritim ..army yg pass down asset yg x perlu…

hands down to adlin lah…:suka lah tgk dia berlakon….
Quote Lvstar 3-2-2023 11:14 PM
Stop je la jadi pelakon
Quote akuHavocczz 4-2-2023 07:44 AM
winky1 replied at 3-2-2023 10:09 PM
I tak pernah tengok his live or whatever...I know dia into good things...but I still tak boleh tengo ...

Sama lah kita. Indirectly kau menunggang agama. Ada sorang penyanyi ni dah berhijrah lah gamaknya lepas join tabligh. Jual produk kurus suruh orang beli supaya senang nak beribadat. Betul lah statement tu tapi bagi iols dia pergunakan agama je nak laku kan produk
Quote bulalof 4-2-2023 08:58 AM
slyfynx replied at 3-2-2023 09:29 PM
Frankly, kalau jadi pelakon, x ke mcm x berapa insaf.
If insaf then cari la jalan hidup lain

itulah yg sebaiknya.
Quote grouper 4-2-2023 09:06 AM
Bosan betul hero2 drama kat msia ni ...balik2 muka tu je jadi hero. Heroin pun sama..jalan cite lagi la hauk....sedih
Quote SpyLeman 4-2-2023 09:15 AM
Mmg retis2 yg baru masuk isle ni kena ekstrim mcm ni ke? Terpaling islamik? Cer korang baca posting lisa surihani. Caption bahasa melayu dia semua diEREBkan. Dah bercakap pun semua guna vocab melayu -Ereb. Ustazah2 yg lulusan mesir, jordan pun takde la beria2 buat caption mcm tu. Cer korang compare caption yg dibuat oleh Lisa dgn ustazah norhafizah musa. Dahhh..skrg nmpk Lisa lebih "islamik"
Quote Prickford 4-2-2023 09:31 AM
Bakalan jadi mcm Sidi Oraza ni
Quote bottompro 4-2-2023 09:51 AM
Oii pelakon jantan sendu, busuk dan kepam, kalau kau tak nak korbankan janggut taliban utk watak, ko bersara je lah dari industri. Jadi penggali kubur. Kuburkan sekali karier ko ye jantan tak guna.
Quote codenamedream 4-2-2023 09:58 AM
SpyLeman replied at 4-2-2023 09:15 AM
Mmg retis2 yg baru masuk isle ni kena ekstrim mcm ni ke? Terpaling islamik? Cer korang baca posting  ...

Artist yg berubah terpaling islamik ni mesti sedar hidup artis buat byk dosa kut.

generally ummah marhaen pun merasa berdosa, tapi xdelah malam clubbing, buat maksiat, jual badan, pakai baju X cukup kain gittew. So marhaen rasa dosa iols ok lagi kut. Kalau berubah pun, dari free hair ke bertudung.
Bukan dari short pants ke niqab.
Quote TabletSusu 4-2-2023 11:12 AM
mcmkan lah janggut tu x tumbuh blk bila ko cukur. stetmen ntah apa2
Quote ezacbee 4-2-2023 12:11 PM
Xpayah berlakon kalau betul2 berubah.

Retis klo dah berhijrah mesti bertukar jadi org arab. Pak arab pun xcam tu. Masih enjoy
Quote makadek 4-2-2023 12:23 PM
Mula la tu nk over tu la dia sejenis baru belajar konon dpt hidayah.. Anak jantan aku pn bakal lebai awl2 aku dh sound kita ni belajar ilmu tuhan tp bila dh pandai jgn jd wakil tuhan nk hukum2 org lain..kita belajar agama secara profesional dn ade sukatan  siap ada exam
Anak aku darjah 6 dh hafaz mulk sajadah yasin dn al baqarah. Mmg minat ke arah agama tp aku mmg dh warning jgn nk melebai  smapai nmpk org semua berdosa

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048493 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top