Shuib, 39, memaklumkan dirinya sudah menerima lampu hijau daripada keluarga terutama ibunya untuk kembali berumah tangga selepas dua tahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Syukur katanya, apabila ibu memberi penilaian positif terhadap Watie Hanifiah, wanita yang kini dikatakan sedang rapat dengannya. "Insya-Allah ada perancangan. Kalau ikutkan mak saya nak suruh cepat benar, saya cakap sabarlah. Sebab mak saya tu duk fikirkan Ayash, dah makin besar. Tugasnya dah selesai sebab dia yang menjaga dari kecil, Watie pun tak ada masalah, dia pernah jaga Ayash ketika demam. "Tak tahulah bila tu... Tak pasti lagi. Kalau betul saya akan maklumkan," ujarnya ketika ditemui di majlis sidang media Kamya Fest di ibu kota baru-baru ini. Tambah Shuib, dia enggan mengambil pusing penilaian diberikan netizen terhadap Watie kerana dia lebih mengenali wanita itu. "Mak saya yang menilai dia, bila dia menilai yang baik-baik tentang dia. Saya tahulah saya berkawan dengan dia. Sudah tentulah saya kuat untuk menyatakan insya-Allah dia okey. "Tapi orang luar, akan tetap buat perbandingan. Itu tak boleh... (arwah) Sarah saya dah letak kat tempat paling best. Sampai hari ini pun, saya tercari-cari hari yang saya tak ingat dia, sampai hari ini. "Saya pun boleh bercakap dengan dia, bila ada orang datang pada kita, pasti ada sebabnya, zalimlah saya tak hargai orang itu. "Jadi, mana yang tengah ada, lagi pula emak kita boleh yakin dengan kita, itu jawapan paling besar untuk kita," tambahnya. Shuib bagaimanapun menyangkal dakwaan bakal berkahwin dengan Watie Mac ini. Jika sudah ada tarikhnya, pasti Shuib hebohkan kepada semua umum. - CARI
|
nordin84 replied at 3-2-2023 02:15 PM
baru ni iols tgh interview bcl.. mmg perempuan susah nk move on mcm bcl dgn dayah abam.. lagi2 dpt l ...
nur_dania replied at 3-2-2023 02:54 PM
Eiiii ngade² nya laa si soeb nih.. ade org kesah ker?? Dah la keta evoque tuh si watie dok bawak s ...
ADVERTISEMENT