SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan mencalonkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor jika berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.
Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi berkata, peluang sentiasa terbuka kepada bekas Menteri Besar itu untuk kembali menerajui pentadbiran negeri ini namun, keputusan itu terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan PN dalam menentukan calon terbaik menjawat jawatan penting tersebut. “Insya-Allah, pengalaman beliau mampu ke arah itu dan membantu kemenangan kita di Selangor nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini. Jelas Zulkafperi, Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan PN bagaimanapun berdepan tugas berat mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kerusi DUN itu dijangka sengit kerana pengundi Melayu tidak sampai 50 peratus dan ia semestinya sukar. “Kita tidak menolak kemungkinan sama ada beliau kekal di kerusi Bukit Antarabangsa atau memilih DUN lain yang mungkin berpihak kepada PN,” ujarnya. Dalam pada itu, beliau berkata, kesiapsiagaan jentera PN ketika ini pada tahap terbaik dan yakin mampu memenangi sebanyak 33 kerusi DUN Selangor nanti. – CARI Sumber: Kosmo
|
sharlenetexas replied at 1-2-2023 02:59 PM
NO NO NO! Bak kata kelly azman.
sharlenetexas replied at 1-2-2023 02:59 PM
NO NO NO! Bak kata kelly azman.
Decaffeinated replied at 1-2-2023 03:54 PM
Kadang kita rasa politicians ni bodoh, rupanya pengundi lagi bodoh pi pilih si bodoh. Lepas tu ada h ...
mojarean_X replied at 1-2-2023 03:04 PM
Iols rasa lagu ni sedap kalo kita tutup mata
kakikuDibibirmu replied at 1-2-2023 06:21 AM
aiskrim, aiskrim, aiskrim, kling, kling, kling, jizz, klong, klong, klong
mojarean_X replied at 1-2-2023 03:04 PM
Iols rasa lagu ni sedap kalo kita tutup mata
mojarean_X replied at 1-2-2023 02:26 PM
Iols pengundi Dun bukit antarabamgsa. Iols harap Dibah AA bertanding semula
pu3_rania replied at 1-2-2023 05:48 PM
Hahaha
Boleh percaya ke Dibah AA nak bertanding lagi
Nanti dia buat drama lagi macam PRU 15 pi U-t ...
ADVERTISEMENT