SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan mencalonkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor jika berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.
Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi berkata, peluang sentiasa terbuka kepada bekas Menteri Besar itu untuk kembali menerajui pentadbiran negeri ini namun, keputusan itu terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan PN dalam menentukan calon terbaik menjawat jawatan penting tersebut.
Foto: Kosmo
“Insya-Allah, pengalaman beliau mampu ke arah itu dan membantu kemenangan kita di Selangor nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelas Zulkafperi, Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan PN bagaimanapun berdepan tugas berat mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kerusi DUN itu dijangka sengit kerana pengundi Melayu tidak sampai 50 peratus dan ia semestinya sukar.
“Kita tidak menolak kemungkinan sama ada beliau kekal di kerusi Bukit Antarabangsa atau memilih DUN lain yang mungkin berpihak kepada PN,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kesiapsiagaan jentera PN ketika ini pada tahap terbaik dan yakin mampu memenangi sebanyak 33 kerusi DUN Selangor nanti. – CARI
Post time 1-2-2023 04:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mojarean_X replied at 1-2-2023 03:04 PM
Iols rasa lagu ni sedap kalo kita tutup mata
No wonder apa lagu pun aku mainkheun depan fish tank aku utk hiburkheun kehidupan didalamnya, memang theyols tak suka...sebab never seem to close their eyes these fishes....aku yg naik stress
Post time 1-2-2023 05:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mojarean_X replied at 1-2-2023 02:26 PM
Iols pengundi Dun bukit antarabamgsa. Iols harap Dibah AA bertanding semula
Hahaha
Boleh percaya ke Dibah AA nak bertanding lagi
Nanti dia buat drama lagi macam PRU 15 pi U-turn tarik diri sebab dapat mimpi dan bisikan arwah mak dia supaya jangan bertanding
Subuh 19 November 2022 dia buat keputusan U-turn untuk tarik diri
Entah apa lagi lah drama yang menggemparkan yang dia akan buat bila nak bertanding PRU 16 nanti