Berlin: Seorang wanita di Jerman tergamak membunuh individu lain yang memiliki wajah serupa dengannya atas niat memalsukan kematiannya sendiri kerana ingin lari daripada masalah keluarga.
Suspek dikenali sebagai Shahraban K, didakwa menikam penulis blog kecantikan Khadidja O lebih 50 kali, sehingga mencacatkan wajah mangsa sepenuhnya, selepas memperdaya wanita itu untuk bertemu di bandar Ingolstadt, Bavaria, Ogos lalu. Wanita berketurunan Jerman-Iraq berusia 24 tahun yang juga seorang blogger kecantikan itu didakwa cuba mewujudkan situasi seolah-olah dia dibunuh dengan meninggalkan mayat Khadidja di dalam kereta Mercedesnya dan meletakkan kenderaan itu berhampiran flat teman lelakinya, Sheqir K, yang bersubahat dengannya. Laporan tempatan berkata, ibu bapa Shahraban turut tertipu selepas mengenal pasti mayat itu ialah anak mereka, sebelum bedah siasat sehari kemudian menimbulkan keraguan sebelum ujian DNA mengesahkan mayat itu adalah Khadidja.
Kes luar biasa yang digelar sebagai pembunuhan doppelganger oleh akhbar Jerman, akan dibicarakan, dengan Shahraban dan Sheqir didakwa atas tuduhan membunuh. Pendakwa raya, Veronika Grieser percaya, Shahraban mahu lari daripada masalah di rumahnya. "Selepas siasatan, boleh diandaikan dia mahu bersembunyi kerana masalah dalaman keluarga sebelum sanggup memalsukan kematiannya sendiri," katanya kepada akhbar Jerman, Bild. Polis berkata, Shahraban yang tinggal di Munich, didakwa membuat akaun Instagram palsu dan cuba mengatur pertemuan dengan wanita yang kelihatan serupa dengannya. Katanya, wanita itu akhirnya menemui Khadidja, seorang warga Albania berusia 23 tahun yang tinggal kira-kira 161 kilometer dari tempatnya. Shahraban dan Sheqir yang berusia 24 tahun didakwa membuat tawaran kepada mangsa mengenai produk kecantikan sebelum menemuinya di Ingolstadt. Mereka menjemputnya dan memandu ke hutan di luar bandar sebelum menikamnya lebih 50 kali. Shahraban dilaporkan memberitahu keluarganya dia akan ke Ingolstadt untuk bertemu bekas suaminya. Selepas dia tidak pulang, ibu bapanya pergi ke bandar untuk mencarinya sebelum menemui 'mayatnya' dalam Mercedesnya di Sungai Danube berhampiran flat dihuni Sheqir, 16 Ogos lalu. Jurucakap polis, Andreas Aichele berkata, walaupun senjata itu pembunuhan itu belum ditemukan, namun bukti lain menunjukkan pasangan itu terbabit. -CARI Sumber: harian Metro
|
ibu bapa Shahraban turut tertipu selepas mengenal pasti mayat itu ialah anak mereka, sebelum bedah siasat sehari kemudian menimbulkan keraguan sebelum ujian DNA mengesahkan mayat itu adalah Khadidja
misc replied at 1-2-2023 03:54 PM
Zaman sekarang nak jadi pembunuh pun kena cerdik sikit. Ni bukan tahun 1980an. Kan dah kantoi. Padan ...
Tinot7 replied at 1-2-2023 06:58 AM
Celah mana serupa?
Tinot7 replied at 1-2-2023 02:58 PM
Celah mana serupa?
Decaffeinated replied at 1-2-2023 04:38 PM
Baca elok2 guys. They almost succeeded even the parents were fooled.
Aku lebih nak tau apa yang me ...
ADVERTISEMENT