View: 1582|Reply: 24
|
Tikam Lebih 50 Kali! Tergamak Bunuh Wanita Yang Seiras Wajahnya, Niat Palsukan Kematian Untuk Lari Dari Masalah Keluarga
[Copy link]
|
|
Berlin: Seorang wanita di Jerman tergamak membunuh individu lain yang memiliki wajah serupa dengannya atas niat memalsukan kematiannya sendiri kerana ingin lari daripada masalah keluarga.
Suspek dikenali sebagai Shahraban K, didakwa menikam penulis blog kecantikan Khadidja O lebih 50 kali, sehingga mencacatkan wajah mangsa sepenuhnya, selepas memperdaya wanita itu untuk bertemu di bandar Ingolstadt, Bavaria, Ogos lalu.
Wanita berketurunan Jerman-Iraq berusia 24 tahun yang juga seorang blogger kecantikan itu didakwa cuba mewujudkan situasi seolah-olah dia dibunuh dengan meninggalkan mayat Khadidja di dalam kereta Mercedesnya dan meletakkan kenderaan itu berhampiran flat teman lelakinya, Sheqir K, yang bersubahat dengannya.
Shahraban(kiri) membunuh Khadidja (kanan), Foto: Agensi
Laporan tempatan berkata, ibu bapa Shahraban turut tertipu selepas mengenal pasti mayat itu ialah anak mereka, sebelum bedah siasat sehari kemudian menimbulkan keraguan sebelum ujian DNA mengesahkan mayat itu adalah Khadidja.
Kes luar biasa yang digelar sebagai pembunuhan doppelganger oleh akhbar Jerman, akan dibicarakan, dengan Shahraban dan Sheqir didakwa atas tuduhan membunuh.
Pendakwa raya, Veronika Grieser percaya, Shahraban mahu lari daripada masalah di rumahnya.
"Selepas siasatan, boleh diandaikan dia mahu bersembunyi kerana masalah dalaman keluarga sebelum sanggup memalsukan kematiannya sendiri," katanya kepada akhbar Jerman, Bild.
Polis berkata, Shahraban yang tinggal di Munich, didakwa membuat akaun Instagram palsu dan cuba mengatur pertemuan dengan wanita yang kelihatan serupa dengannya.
Katanya, wanita itu akhirnya menemui Khadidja, seorang warga Albania berusia 23 tahun yang tinggal kira-kira 161 kilometer dari tempatnya.
Shahraban dan Sheqir yang berusia 24 tahun didakwa membuat tawaran kepada mangsa mengenai produk kecantikan sebelum menemuinya di Ingolstadt.
Mereka menjemputnya dan memandu ke hutan di luar bandar sebelum menikamnya lebih 50 kali.
Shahraban dilaporkan memberitahu keluarganya dia akan ke Ingolstadt untuk bertemu bekas suaminya.
Selepas dia tidak pulang, ibu bapanya pergi ke bandar untuk mencarinya sebelum menemui 'mayatnya' dalam Mercedesnya di Sungai Danube berhampiran flat dihuni Sheqir, 16 Ogos lalu.
Jurucakap polis, Andreas Aichele berkata, walaupun senjata itu pembunuhan itu belum ditemukan, namun bukti lain menunjukkan pasangan itu terbabit. -CARI
Sumber: harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Gila....terpengaruh dgn filem ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Tikam muka beriya, lupa la tu kena buat autopsy… |
|
|
|
|
|
|
|
die ingt ni zaman bila xde autopsy n dna matching? |
|
|
|
|
|
|
|
dunia skrg makin ramai yang mental |
|
|
|
|
|
|
|
Gileee..ko tak pk ke sah-sah dna ko x sama..kalau mayat barai pun paling busuk dapat gigi dah leh matchkan dna. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ctaz at 1-2-2023 02:40 PM
teringat aku satu filem dulu....
apantah nama filem nyer...lupa... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia sama bf nya sama2 bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
banyak cara nak lari dari masalah...
bunuh orang tu bikin tambah masalah... ape ke bengap le pompuan ni..
boipren pon ikot sama bahlol..sama2 terjun lombong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang nak jadi pembunuh pun kena cerdik sikit. Ni bukan tahun 1980an. Kan dah kantoi. Padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
ibu bapa Shahraban turut tertipu selepas mengenal pasti mayat itu ialah anak mereka, sebelum bedah siasat sehari kemudian menimbulkan keraguan sebelum ujian DNA mengesahkan mayat itu adalah Khadidja
Baca elok2 guys. They almost succeeded even the parents were fooled.
Aku lebih nak tau apa yang menimbulkan keraguan sehingga dorang decided nak buat DNA test.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspek dikenali sebagai Shahraban K, didakwa menikam penulis blog kecantikan Khadidja O lebih 50 kali, sehingga mencacatkan wajah mangsa sepenuhnya, selepas memperdaya wanita itu untuk bertemu di bandar Ingolstadt, Bavaria, Ogos lalu.
Wanita berketurunan Jerman-Iraq berusia 24 tahun yang juga seorang blogger kecantikan itu didakwa cuba mewujudkan situasi seolah-olah dia dibunuh dengan meninggalkan mayat Khadidja di dalam kereta Mercedesnya dan meletakkan kenderaan itu berhampiran flat teman lelakinya, Sheqir K, yang bersubahat dengannya.
Dua2 ni blogger kecantikan ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
misc replied at 1-2-2023 03:54 PM
Zaman sekarang nak jadi pembunuh pun kena cerdik sikit. Ni bukan tahun 1980an. Kan dah kantoi. Padan ...
Ni bukan zaman Dr Rushdi.
|
|
|
|
|
|
|
|
kannnn... x nampak kat mana yang sama
|
|
|
|
|
|
|
|
gile. kau bukan kt zaman Jeffry Dahmer la nk lupus mayat gitu. syg btl dedua cantik. tp sekor tu bodoh yg amat. moge meringkuk dlm penjara seumor hidup ko |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 1-2-2023 02:58 PM
Celah mana serupa?
look alike pn takde kan. mebi face to face ade iras sikit sampai makpak die pn hampir pcaye tu mayat anak die.
sbb tu kot die p rosakkan muke si mati |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 1-2-2023 04:38 PM
Baca elok2 guys. They almost succeeded even the parents were fooled.
Aku lebih nak tau apa yang me ...
Mana bedahsiasat, kot2 parents habaq anak deme takde bubis silikon kaa.. pastu mangsa ada implan.. sbb tu kott deme wat dna test..
Atopon, kaler mata ka, apa ka yg berbeza drp apa yg pembunuh tu ada.. sbb tu ka.. mana la tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 1-2-2023 05:53 PM
kannnn... x nampak kat mana yang sama
Atopon sbb jumpa dlm keta pembunuh, so makpak teruih assume mmg anak pompan deme.. sbb muka dah kena toreh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|