CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Jatuh Tingkat 11: Ibu Ingatkan Bunyi Sampah Jatuh, "Dia Berlari Ke Bilik Air Dan Bilik Tidur Berulang Kali Macam Kena Sampuk"

1-2-2023 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1964| Komen: 17

Johor Bahru: "Bila ingat kembali (hari kejadian anak terjatuh dari tingkat 11 pangsapuri), saya ada terdengar bunyi dentuman kuat sebelum azan Maghrib.

"Bunyi kuat seperti itu biasa kedengaran di blok ini apabila ada penduduk menjatuhkan sampah dari atas, tidak sangka pula ia bunyi disebabkan anak saya terjatuh ke bawah," kata Ruhayati Rahmat, 56.


Ruhayati memberi reaksi itu ketika menceritakan kejadian anaknya, Muhammad Aizzuddin Abdul Hadi, 12, atau mesra dengan panggilan Zudin meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 11, Blok B, Rumah Pangsa Larkin, di sini.


Foto: Harian Metro

Suri rumah itu mengakui arwah anaknya itu berkelakuan aneh sebelum kejadian berlaku.

Dia berkata, pada hari kejadian, Zudin demam panas dan tidak pergi ke sekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, di sini.

Menurutnya, walaupun cuti sakit, anak bongsunya itu tetap mahu berpakaian baju pendidikan jasmani dengan stokin ketika berehat di biliknya.


Katanya, selepas pulang dari klinik dan pasar, mangsa yang merasakan kesejukan itu menyatakan mahu berehat di dalam bilik tidur manakala dia berehat di ruang tamu.

"Selepas terjaga dari tidur kira-kira 7 malam, dia berlari ke bilik air dan masuk semula ke bilik tidur berulang kali sehinggalah saya menegur perbuatannya itu seperti kena sampuk.

"Zudin yang tidak berkata apa-apa itu dilihat menanggalkan stokin, saya fikir dia mahu sambung berehat semula. Tidak lama kemudiannya, jiran bawah rumah datang mengetuk pintu rumah menyatakan Zudin terjatuh," katanya.

Ruhayati berkata, hatinya luluh apabila mendengar kata-kata jirannya bagaikan tidak percaya anak bongsu daripada dua beradik itu terjatuh dari rumah.

"Hati saya remuk dan sayu melihat dia dalam keadaan terbaring, apabila suami memanggil namanya, dia masih mendengar dan tercari-cari suara yang memanggilnya," katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah berkesempatan mengunjungi Ruhayati dan suaminya, Abdul Hadi Mat Salleh, 50 di kediamannya mereka.

Hairi turut berkesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada pasangan berkenaan selain mendoakan mereka reda dengan ketentuan takdir itu.

Mangsa pada mulanya dilaporkan mengalami kecederaan patah tangan kiri selepas terjatuh sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk rawatan.

Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada 12.30 malam, kelmarin, ketika menerima rawatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 1-2-2023 11:33 AM
panas sgt suhu badan tu, sebab tu sampai meracau..kesiannya dik
Quote apech 1-2-2023 12:00 PM
Bunyi kuat seperti itu biasa kedengaran di blok ini apabila ada penduduk menjatuhkan sampah dari atas, tidak sangka pula ia bunyi disebabkan anak saya terjatuh ke bawah


mesti kotor gila dekat bawah. sampah main campak camtu dari atas
Quote shernazz 1-2-2023 12:02 PM
Sadisnya wei..
Ayah panggil plak tu..dok cari2..
Adei...kesedihan.iols.di situ
Quote nirose 1-2-2023 12:12 PM
Sayunyaa bila tengok banyak medal kat belakang tu..
Quote Burong_Hantuk 1-2-2023 12:21 PM
al fatihah buat arwah
Quote whimsicalmusic 1-2-2023 12:29 PM
kan..terus mcm ‘Allah’ perasaan sis. xboleh imagine mereka yg tgk dia time tu..takziah to the family, semoga diberi kekuatan
Quote mejaputih 1-2-2023 12:42 PM
Allahu...kalau demam boleh jadi mcm tu ke? Restless ke? Semoga parents tabah...berta mata memandang, berat lg bahu memikul..
Quote talapia 1-2-2023 12:52 PM
demam panas suhu tinggi sangat sampai meracau la kot ni..
biasa bila anak2 dah besar camni.. kita takdela pulak nk lap2 badan dia ke kasi turun panas.  just biasa suruh basah2 kan muka.. badan sikit2.. nk turunkan suhu.. tapi org tgh demam.. rasa sejuk.. mana maunya dia nk buat sendiri smua tu..

kalau anak2 kecik.. mmg biasa kalau demam.. the best thing to do is tepid sponging lepas bagi ubat utk turunkan suhu.. biasa budak2 kecik kita risau sawan kalau suhu tinggi sangat. Tak sangka pulak anak dh besar gini pon bole jadi camni kan?

pengajaran jugak utk kita semua parents.. walau anak atau mana2 ahli keluarga tengah demam.. jenguk2 la.. cek suhu selalu.. orang kalau dah demam.. suhu terlalu panas.. takleh nk pikir dah.. kadang ada yg sampai tahap berhalusinasi.. kita yg sihat kena make sure dia makan ubat.. minum banyak air..
Quote sarahmirza 1-2-2023 01:13 PM
talapia replied at 1-2-2023 12:52 PM
demam panas suhu tinggi sangat sampai meracau la kot ni..
biasa bila anak2 dah besar camni.. kita ta ...

Besar mana baru 12 tahun... Sek rendah lagi tu.
Kalau anak i, masih cium pipi kiri kanan masa nak ke sekolah dan nak tidur.. Walaupun anak lelaki.. Tu masa sihat, masa sakit lagi banyak masa kena jenguk, suap makan, lap badan bagi turun suhu badan...

Anak membesar sekali je sis.....
Quote Decaffeinated 1-2-2023 02:16 PM
Kalau nampak tanda2 ada temperature cepat kasi paracetamol. Lebih baik before the rise. Don't wait.

Penting to keep the temperature down.
Quote da_lynn 1-2-2023 02:43 PM
sarahmirza replied at 1-2-2023 01:13 PM
Besar mana baru 12 tahun... Sek rendah lagi tu.
Kalau anak i, masih cium pipi kiri kanan masa nak  ...

Betul, anak sulung i boy, 12yo jugak.
Memang sejenis suka menggeleseh.
Kalau boleh nak masuk dalam perut balik.
Kalau time demam lagi lah.
Kesian sangat adik ni. Semoga parents dia tabah. High temp sangat tu agaknya
Quote sarahmirza 1-2-2023 02:57 PM
da_lynn replied at 1-2-2023 02:43 PM
Betul, anak sulung i boy, 12yo jugak.
Memang sejenis suka menggeleseh.
Kalau boleh nak masuk dalam ...

sepupu i meninggal masa umur 19 tahun sebab sakit kepala dan overdose makan pain killer..Dia mengadu kat mak dia sakit kepala, dari.lepas subuh dlm bilik sorang2 sampai ke maghrib mak dia balik kerja tengok dah meninggal dengan pain killer bertaburan kat bawah katil...
Sepanjang hari dari subuh tu takde orang jenguk dia, maknya pun tak pesan kat adik dia suruh check abangnya..

Kisah ni terkesan sgt kat i... Kita org sangat rapat sebab beza umur setahun dan membesar sama2.. Masa kecik2 dulu hari2 mak dia nak pergi kerja akan antar dia ke rumah i sbb my mak dulu ada bibik.. Sbb tu klu close family i sakit, kami mesti kerap check tak kisah la umur ko berapa pun, lelaki ke perempuan ke.. Besar kecik semua kena check kena amik tau..
Quote rosedemon 2-2-2023 08:15 AM
lain kali anak demam panas ko tgk la. ni dibiorkan aje aduhai
Quote noor2 2-2-2023 08:19 AM
Aku kalau anak demam...sekali makan ubat x jalan juga, x de nampak kebah, esoknya aku bawak klinik lain...

Bahaya biarkan anak demam panas...patut sapu kepala air  selalu..

Yela dah sampai ajal
Quote raihaneem 2-2-2023 08:47 AM
Demam panas sgt...mamai bgun tido...sleep walking
Ni semua bahaya..
Innalillahi wa inna ilaihirojiuun...
Takziah pd keluarga adik ni...

Ujian hebat dan besar buat keluarga ni
Quote jlo 2-2-2023 08:51 AM
Al Fatihah buat mu dek
Quote vanillaninja 2-2-2023 10:00 AM
Innalillah. Semoga diberikan ketabahan buat kedua2nya.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.109980 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top