View: 1516|Reply: 17
|
Maut Jatuh Tingkat 11: Ibu Ingatkan Bunyi Sampah Jatuh, "Dia Berlari Ke Bilik Air Dan Bilik Tidur Berulang Kali Macam Kena Sampuk"
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: "Bila ingat kembali (hari kejadian anak terjatuh dari tingkat 11 pangsapuri), saya ada terdengar bunyi dentuman kuat sebelum azan Maghrib.
"Bunyi kuat seperti itu biasa kedengaran di blok ini apabila ada penduduk menjatuhkan sampah dari atas, tidak sangka pula ia bunyi disebabkan anak saya terjatuh ke bawah," kata Ruhayati Rahmat, 56.
Ruhayati memberi reaksi itu ketika menceritakan kejadian anaknya, Muhammad Aizzuddin Abdul Hadi, 12, atau mesra dengan panggilan Zudin meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 11, Blok B, Rumah Pangsa Larkin, di sini.
Foto: Harian Metro
Suri rumah itu mengakui arwah anaknya itu berkelakuan aneh sebelum kejadian berlaku.
Dia berkata, pada hari kejadian, Zudin demam panas dan tidak pergi ke sekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, di sini.
Menurutnya, walaupun cuti sakit, anak bongsunya itu tetap mahu berpakaian baju pendidikan jasmani dengan stokin ketika berehat di biliknya.
Katanya, selepas pulang dari klinik dan pasar, mangsa yang merasakan kesejukan itu menyatakan mahu berehat di dalam bilik tidur manakala dia berehat di ruang tamu.
"Selepas terjaga dari tidur kira-kira 7 malam, dia berlari ke bilik air dan masuk semula ke bilik tidur berulang kali sehinggalah saya menegur perbuatannya itu seperti kena sampuk.
"Zudin yang tidak berkata apa-apa itu dilihat menanggalkan stokin, saya fikir dia mahu sambung berehat semula. Tidak lama kemudiannya, jiran bawah rumah datang mengetuk pintu rumah menyatakan Zudin terjatuh," katanya.
Ruhayati berkata, hatinya luluh apabila mendengar kata-kata jirannya bagaikan tidak percaya anak bongsu daripada dua beradik itu terjatuh dari rumah.
"Hati saya remuk dan sayu melihat dia dalam keadaan terbaring, apabila suami memanggil namanya, dia masih mendengar dan tercari-cari suara yang memanggilnya," katanya.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah berkesempatan mengunjungi Ruhayati dan suaminya, Abdul Hadi Mat Salleh, 50 di kediamannya mereka.
Hairi turut berkesempatan menyampaikan sedikit sumbangan kepada pasangan berkenaan selain mendoakan mereka reda dengan ketentuan takdir itu.
Mangsa pada mulanya dilaporkan mengalami kecederaan patah tangan kiri selepas terjatuh sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk rawatan.
Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia pada 12.30 malam, kelmarin, ketika menerima rawatan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
panas sgt suhu badan tu, sebab tu sampai meracau..kesiannya dik |
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi kuat seperti itu biasa kedengaran di blok ini apabila ada penduduk menjatuhkan sampah dari atas, tidak sangka pula ia bunyi disebabkan anak saya terjatuh ke bawah
mesti kotor gila dekat bawah. sampah main campak camtu dari atas |
|
|
|
|
|
|
|
Sadisnya wei..
Ayah panggil plak tu..dok cari2..
Adei...kesedihan.iols.di situ |
|
|
|
|
|
|
|
Sayunyaa bila tengok banyak medal kat belakang tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kan..terus mcm ‘Allah’ perasaan sis. xboleh imagine mereka yg tgk dia time tu..takziah to the family, semoga diberi kekuatan |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu...kalau demam boleh jadi mcm tu ke? Restless ke? Semoga parents tabah...berta mata memandang, berat lg bahu memikul.. |
|
|
|
|
|
|
|
demam panas suhu tinggi sangat sampai meracau la kot ni..
biasa bila anak2 dah besar camni.. kita takdela pulak nk lap2 badan dia ke kasi turun panas. just biasa suruh basah2 kan muka.. badan sikit2.. nk turunkan suhu.. tapi org tgh demam.. rasa sejuk.. mana maunya dia nk buat sendiri smua tu..
kalau anak2 kecik.. mmg biasa kalau demam.. the best thing to do is tepid sponging lepas bagi ubat utk turunkan suhu.. biasa budak2 kecik kita risau sawan kalau suhu tinggi sangat. Tak sangka pulak anak dh besar gini pon bole jadi camni kan?
pengajaran jugak utk kita semua parents.. walau anak atau mana2 ahli keluarga tengah demam.. jenguk2 la.. cek suhu selalu.. orang kalau dah demam.. suhu terlalu panas.. takleh nk pikir dah.. kadang ada yg sampai tahap berhalusinasi.. kita yg sihat kena make sure dia makan ubat.. minum banyak air.. |
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 1-2-2023 12:52 PM
demam panas suhu tinggi sangat sampai meracau la kot ni..
biasa bila anak2 dah besar camni.. kita ta ...
Besar mana baru 12 tahun... Sek rendah lagi tu.
Kalau anak i, masih cium pipi kiri kanan masa nak ke sekolah dan nak tidur.. Walaupun anak lelaki.. Tu masa sihat, masa sakit lagi banyak masa kena jenguk, suap makan, lap badan bagi turun suhu badan...
Anak membesar sekali je sis..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nampak tanda2 ada temperature cepat kasi paracetamol. Lebih baik before the rise. Don't wait.
Penting to keep the temperature down.
|
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 1-2-2023 01:13 PM
Besar mana baru 12 tahun... Sek rendah lagi tu.
Kalau anak i, masih cium pipi kiri kanan masa nak ...
Betul, anak sulung i boy, 12yo jugak.
Memang sejenis suka menggeleseh.
Kalau boleh nak masuk dalam perut balik.
Kalau time demam lagi lah.
Kesian sangat adik ni. Semoga parents dia tabah. High temp sangat tu agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
da_lynn replied at 1-2-2023 02:43 PM
Betul, anak sulung i boy, 12yo jugak.
Memang sejenis suka menggeleseh.
Kalau boleh nak masuk dalam ...
sepupu i meninggal masa umur 19 tahun sebab sakit kepala dan overdose makan pain killer..Dia mengadu kat mak dia sakit kepala, dari.lepas subuh dlm bilik sorang2 sampai ke maghrib mak dia balik kerja tengok dah meninggal dengan pain killer bertaburan kat bawah katil...
Sepanjang hari dari subuh tu takde orang jenguk dia, maknya pun tak pesan kat adik dia suruh check abangnya..
Kisah ni terkesan sgt kat i... Kita org sangat rapat sebab beza umur setahun dan membesar sama2.. Masa kecik2 dulu hari2 mak dia nak pergi kerja akan antar dia ke rumah i sbb my mak dulu ada bibik.. Sbb tu klu close family i sakit, kami mesti kerap check tak kisah la umur ko berapa pun, lelaki ke perempuan ke.. Besar kecik semua kena check kena amik tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali anak demam panas ko tgk la. ni dibiorkan aje aduhai |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau anak demam...sekali makan ubat x jalan juga, x de nampak kebah, esoknya aku bawak klinik lain...
Bahaya biarkan anak demam panas...patut sapu kepala air selalu..
Yela dah sampai ajal |
|
|
|
|
|
|
|
Demam panas sgt...mamai bgun tido...sleep walking
Ni semua bahaya..
Innalillahi wa inna ilaihirojiuun...
Takziah pd keluarga adik ni...
Ujian hebat dan besar buat keluarga ni |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah. Semoga diberikan ketabahan buat kedua2nya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|