Afifah Nasir mahu bakal suaminya seorang tidak terlalu 'hidup' dengan media sosial, tidak memiliki kerjaya dalam bidang hiburan dan menghormati ruang peribadinya. Afifah berkata, tidak semua perkara dia akan kongsikan di media sosial dan dia juga tidak gemar meletakkan gambar teman lelaki di Instagram.
"Memandangkan saya meletakkan had untuk ruang peribadi, saya juga tertarik dengan lelaki yang tidak terlalu taksub dengan media sosial. Bukan semua perkara perlu dimuat naik. "Kalau boleh tiada akaun media sosial lebih baik. Tetapi, zaman begini jaranglah orang tidak ada Instagram, kan? "Itu juga antara faktor menarik minat saya untuk menjalinkan hubungan ke arah serius bersama teman lelaki. Dia bukan orang industri dan tidak aktif dengan media sosial," katanya.
|
melinda_kerr replied at 1-2-2023 05:41 AM
Pelik kau boleh pulak bermedia sosial tpi bakal laki kau tk boleh. Kau kawin dgn org tua jerlah, org ...
dudaberhias replied at 31-1-2023 11:09 PM
nak somi yang takde media sosial atau tak gila media sosial???
ko cari kelindan lori je dikkk... ha ...
bulanbulat replied at 31-1-2023 09:30 PM
Yang doktor tu yg mana satu?
Nazirah nasir tu ada phd in molecular biology.
ADVERTISEMENT