Sejak pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang heroin drama yang tanpa segan silu mengaku menyukai suaminya, Aliff Aziz, ramai cuba menebak individu yang dimaksudkan. Pendedahan tersebut juga menarik perhatian ramai terutama dalam kalangan selebriti yang turut melahirkan rasa geram dengan keberanian aktres tersebut cuba menyondol Aliff daripada Bella.
Menerusi hantaran di Instagram Story, aktor Sharnaaz Ahmad, 38, turut meluahkan rasa geram terhadap isu tersebut dan berpendapat pelakon berkenaan tidak sepatutnya dibenarkan terus berlakon disebabkan sikap buruk itu. Tidak hanya menujukan kepada sebelah pihak, Sharnaaz berkata, baik lelaki atau perempuan, kedua-dua sepatutnya digam daripada terus muncul di televisyen sekiranya buat 'hal' di set penggambaran. "Setiap drama dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mamposlah. Orang macam ini, baik lelaki atau perempuan patut kena ban dari berlakon dan keluar televisyen," katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz ketika dihubungi mStar berkata, dia tidak pernah mempunyai pengalaman seperti itu dan apa diluahkan hanya sekadar pandangan secara umum. "Saya tak terlibat dalam cerita ini," ujarnya ringkas. Sementara itu, pelakon Nabila Huda juga turut menyelar tindakan heroin berkenaan yang dikatakan bakal merosakkan namanya di dalam industri selain kerjayanya akan terjejas. "Siapa perempuan itu? Yang shooting sekali dengan Aliff itu ke? Pelakon baru, kan? Meh sini aku ganyang dia, mengada 'ter' suka suami orang. "Nak jadi pelakon ke nak jadi pelacur di set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya awak sebagai pelakon. "Tak boleh nak kawal nafsu dan foksu bukan untuk berlakon tapi menyundal dekat set," ujarnya. Bukan itu sahaja, Nabila juga menasihati aktres berkenaan agar tetap fokus tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon semasa di set penggambaran. "Tolonglah, buang sikap nak jatuh cinta di set, tersuka ke, terlanjur ke, please lah! Fokus dengan apa yang awak buat. Jadi seorang pelakon yang bagus dan hebat. Bukan jadi pelacur yang hebat! Faham?," tambahnya. Terdahulu, Bella mengakui tindakan memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini memang ditujukan kepada aktres tersebut sebagai satu bentuk amaran agar tidak menggangu rumah tangganya. Bella berkata, selain mengakui menyukai Aliff kepadanya, pelakon wanita tersebut turut mahu berkawan dengannya meskipun ditolak. -CARI Sumber: mStar Online
|
epal_putih replied at 31-1-2023 03:08 PM
Xda yg nk try mamu kah
Haha
Cleocatra replied at 31-1-2023 03:15 PM
Dia nak jugak menyelit. Kau layan anak kau yang lidah terjulur tu sudah.
Mademoisellee replied at 31-1-2023 03:14 PM
sahih la ek si sopeahsondolsundels ni dah banyak kali buat hal? mmg nama dia dah busuk sebusuknya di ...
prizadane replied at 31-1-2023 03:03 PM
Cuba kalau pelakon perempuan tu try kau, mesti kau tak marah gini kan? Kekeke
epal_putih replied at 31-1-2023 07:08 AM
Xda yg nk try mamu kah
Haha
Cleocatra replied at 31-1-2023 03:20 PM
Pelat tu memang, tapi lidah macam terlebih panjang. Terjelir sentiasa
Amelyn22 replied at 31-1-2023 03:30 PM
Serius la betul dia ni. Mcm tak nak percaya boleh tak.huhu. So pelakon2 lelaki yang pernah berlak ...
ADVERTISEMENT