CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazrey Ada Ke Tak Masa Konsert? Raihan Jawab, No Comment

31-1-2023 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1637| Komen: 11

Description: Sama ada bekas anggota Raihan, Nazrey Johani akan terbabit dalam Konsert Garis Masa Raihan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Februari ini tidak dapat dipastikan apabila anggota kumpulan itu, Che ...
Sama ada bekas anggota Raihan, Nazrey Johani akan terbabit dalam Konsert Garis Masa Raihan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Februari ini tidak dapat dipastikan apabila anggota kumpulan itu, Che Am enggan memberi sebarang pengesahan.


Che Am ketika ditemui berkata, dia tidak dapat memberikan komen berhubung perkara itu.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan apa-apa komen membabitkan perkara itu," katanya.


Foto: Harian Metro

Terdahulu, Nazrey ketika ditemubual mengakui sudah bersedia untuk menjayakan konsert berkenaan.

Nazrey berkata, dia juga masih menanti surat hitam putih daripada Raihan untuk terbabit dalam konsert itu.

Dalam pada itu, Che Am berkata, persiapan untuk konsert juga berjalan lancar dan sudah siap sebanyak 80 peratus setakat ini.

"Insya-Allah, konsert ini akan berlangsung seperti dijadualkan. Persiapan membabitkan stadium, pentas, sistem bunyi dan sebagainya.


"Dari segi latihan vokal dan sesi latihan bersama barisan pemuzik juga berjalan lancar dan semuanya memberi komitmen yang terbaik untuk konsert ini," katanya.

Che Am berkata, pihaknya juga menaruh harapan konsert ini berjalan lancar seperti direncanakan.


Foto: Google

"Peminat akan dapat mengimbau kembali rangkaian lagu nostalgia Raihan sepanjang zaman. Mereka juga akan dapat menyanyi bersama sama Raihan di samping membawa generasi baru untuk menikmati hiburan yang mendidik jiwa.

" Konsep konsert ini ialah 'sing along concert' bersama ahli keluarga,"katanya.

Selain Che Am, Raihan dianggotai Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim.

Konsert Garis Masa Raihan sempena sambutan Israk Mikraj ini bakal mengimbau peminat menerusi rangkaian lagu hit kumpulan itu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, 25 Rasul dan Syukur.

Ditanya sama ada Raihan akan buat kejutan atau mengundang artis jemputan lain untuk konsert itu, Che Am berkata, setakat ini belum ada perancangan lagi.

"Cuma ada slot pembukaan tazkirah daripada tokoh agama Habib Ali Zaenal Abidin dan penampilan penyanyi rock legenda Amy Search pada sesi terbabit," katanya.

Terdahulu, konsert Garis Masa Raihan yang sepatutnya berlangsung pada 26 November tahun lalu ditangguhkan kerana faktor tidak dapat dielakkan seperti Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) dan cuaca. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 31-1-2023 02:52 PM
...dan penampilan penyanyi rock legenda Amy Search pada sesi terbabit.


Tetap yeee nilai komersial...walhal tokmy laghaaa jugak in real life... anak pun dah freehair dah yang sonia ke apa tu makin seksi.. apa relevan jemputan eh..

Btw, Cik Nazrey tetap feeling diva ye nak orang menghadap dia jemput dia... kata dah mimpi mimpi bagai nak tinggalkan dunia hiburan, kawan-kawan dah terpesong niat bernasyid katanya... so? apa nak harapkan lagi?
Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 03:22 PM
iman adalah...mutiara...ahhh gitewww
Quote rosedemon 1-2-2023 08:29 AM
sukati komelah gado la smpi kiamat
Quote sleepandream 1-2-2023 09:29 AM
tebal jugak kulit muka nazrey ni yach
Quote shida81 1-2-2023 09:37 AM
tapi kan.. Raihan x complete without Nazrey... itu ak rase lah...
Quote dua_chzy 1-2-2023 09:43 AM
Burong_Hantuk replied at 31-1-2023 07:22 AM
iman adalah...mutiara...ahhh gitewww

Astaga aiols automatik ternyanyi lirik ni masa buka tered ni (sebelum scroll bawah nampak komen uols), hahaha.
Quote red_velvet 1-2-2023 09:43 AM
shida81 replied at 1-2-2023 09:37 AM
tapi kan.. Raihan x complete without Nazrey... itu ak rase lah...

Nak harapkan suara che am dan rakan2 memang hauk sendu, tkde kekuatan... Berpulh tahun ulang lagu yg sama je kalau perform ..
Quote marchikobonzo 1-2-2023 03:23 PM
motif sangat nazrey ni
Quote drewbinsky 17-8-2023 04:20 PM
My Singing Monsters is a popular mobile game, mixes creativity, music, and strategy. It provides users with a fun experience where they may raise, breed, and get different cute monsters—each with their own special musical abilities.
Quote maryfayolaa 6-9-2023 03:43 PM
Very good article with lots of interesting Mini Crossword information. I really like your posts
Quote Miranda43 31-10-2023 11:08 AM
I really like these suika game photos

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047496 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top