CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Dituduh Keluar Dengan Lelaki Berduaan- Ustazah Pukul Cikgu Sampai Parah, Main Tarik-Tarik Tudung Depan Anak Murid

31-1-2023 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6479| Komen: 94

MELAKA – Gara-gara berang difitnah keluar berduaan dengan lelaki, seorang wanita bekas guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan guru wanita lain sehingga parah, tahun lalu.


Tertuduh, Nurul Hidayah Khairuddin, 24, yang masih bujang bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah ke atas Nurul Nadirah Ahmad Ropei, 24, kira-kira pukul 2.40 petang di sebuah kelas Sekolah Rendah Agama (JAIM) Taman Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah, pada 28 September 2022.


Foto: Kosmo

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Difahamkan, kejadian dikatakan berlaku selepas tertuduh berang mangsa telah memfitnah dirinya dengan memberitahu kepada guru besar sekolah berkenaan bahawa dia telah keluar berduaan dengan lelaki lain.

Pergaduhan itu berlaku di dalam kelas hadapan murid-murid tahun dua di sekolah berkenaan dengan kedua-duanya saling menarik tudung dan memukul antara satu sama lain.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati atau mengganggu saksi sehingga kes selesai.

Wanita itu yang diwakili Peguam Mohd. Fahmy Mohd. Sulaiman bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan dia telah diberhentikan selepas kejadian dan mempunyai enam beradik dengan empat daripadanya masih bersekolah.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh 13 Mac depan sebagai sebutan semula kes. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 31-1-2023 12:18 PM
Astaga....anyway..pukul je kaki fitnah tu
Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 12:18 PM
aduh...cari pasal
Quote little_sis 31-1-2023 12:20 PM
Bahaya fitnah ni.. tapi ingatkan ustazah sorg lagi ala2 makcik bawang yg dah berusia.. rupanya sama baya je
Quote prettyuglybabe 31-1-2023 12:27 PM
kaki fitnah tu kena apa pulak?
bagus la dia pertahankan maruah dia..
si kaki fitnah memang patut pun kena pelangkung..
muda-muda dah pandai jaja mulut..
keturunan mami jarum ke apa..
Quote Samerosie 31-1-2023 12:27 PM
Cikgu-cikgu ku gengster.  
Quote prettyuglybabe 31-1-2023 12:28 PM
noor2 replied at 31-1-2023 12:18 PM
Astaga....anyway..pukul je kaki fitnah tu

memang dia pukul la sampai kena dakwa ni

Quote awanearisu 31-1-2023 12:30 PM
Kita berminat nak tahu bagaimana kecederaan guru tersebut sehingga dilaporkan parah. Malangnya tiada maklumat di dalam artikel tersebut.
Quote primarikey 31-1-2023 12:30 PM
Memg patut la kaki fitnah tu kena pukul
Kesian member tu smp kena buang keje
Quote renko 31-1-2023 12:33 PM
awanearisu replied at 31-1-2023 12:30 PM
Kita berminat nak tahu bagaimana kecederaan guru tersebut sehingga dilaporkan parah. Malangnya tiada ...

tah
parah camne tu
kalau selalu tulis parah tu
memang teruk
Quote kepompong 31-1-2023 12:33 PM
keluar berduaan benda yg tak biasa ke zaman skrg? Zaman i dulu , ye …
Quote supernaturalee 31-1-2023 12:45 PM
Pergaduhan itu berlaku di dalam kelas hadapan murid-murid tahun dua di sekolah berkenaan dengan kedua-duanya saling menarik tudung dan memukul antara satu sama lain.


epic battle
harus bebudak ni igt smpi bila2

Quote shernazz 31-1-2023 12:47 PM
Harap nadirah tu tak.jadi.menantu.sapa sapa
Takut huru hara family mertua nanti dek fitnah dia
Quote Perwira2022 31-1-2023 12:54 PM
Anwar fitnah Mahathir amal rasuah sampai hari ni tak kena apa2 pun
Quote tikusmontok 31-1-2023 01:15 PM
Ya ampunnn bertarik2 tudung..trauma bebudak tu
Quote exclusive_vvip 31-1-2023 01:30 PM
X parah mana pun la si nadirah tu..jari retak sikit je pun..dah lah membawang, pastu gelapkan masa depan orang tu pulak..
Quote TomyamPuteh 31-1-2023 01:32 PM
kes jaki la ni kot.
Quote Highflyer19 31-1-2023 01:39 PM
Semoga diberikan hidayah...
Quote sarahmirza 31-1-2023 01:53 PM
awanearisu replied at 31-1-2023 12:30 PM
Kita berminat nak tahu bagaimana kecederaan guru tersebut sehingga dilaporkan parah. Malangnya tiada ...


Tarik2 tudung lepas tu terjatuh dan terhantuk kepala kat meja or lantai terus jadi sewel kot...
Selayaknya orang fitnah ni dapat balasan cash terus...
Apapun semoga fitnah itu memang fitnah...
Tapi kalau dia keluar berduaan sekalipun yang mangsa tu kepochi kenapa?
Kubur kan lain2...

Gituhhh
Quote Decaffeinated 31-1-2023 02:14 PM
soalnya sekarang ya ka fitnah?

menarik untuk dikupas

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:35 AM GMT+8 , Processed in 1.672136 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top