View: 5864|Reply: 94
|
[Jenayah]
Ustazah bernama Hidayah berang difitnah, pukul guru hingga parah
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 31-1-2023 12:15 PM
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto SYAFEEQ AHMAD
MELAKA – Gara-gara berang difitnah keluar berduaan dengan lelaki, seorang wanita bekas guru Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan guru wanita lain sehingga parah, tahun lalu.
Tertuduh, Nurul Hidayah Khairuddin, 24, yang masih bujang bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah ke atas Nurul Nadirah Ahmad Ropei, 24, kira-kira pukul 2.40 petang di sebuah kelas Sekolah Rendah Agama (JAIM) Taman Bukit Rambai dalam daerah Melaka Tengah, pada 28 September 2022.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, kejadian dikatakan berlaku selepas tertuduh berang mangsa telah memfitnah dirinya dengan memberitahu kepada guru besar sekolah berkenaan bahawa dia telah keluar berduaan dengan lelaki lain.
Pergaduhan itu berlaku di dalam kelas hadapan murid-murid tahun dua di sekolah berkenaan dengan kedua-duanya saling menarik tudung dan memukul antara satu sama lain.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati atau mengganggu saksi sehingga kes selesai.
Wanita itu yang diwakili Peguam Mohd. Fahmy Mohd. Sulaiman bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan alasan dia telah diberhentikan selepas kejadian dan mempunyai enam beradik dengan empat daripadanya masih bersekolah.
Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh 13 Mac depan sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01/31/ustazah-berang-difitnah-pukul-guru-hingga-parah/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Astaga....anyway..pukul je kaki fitnah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya fitnah ni.. tapi ingatkan ustazah sorg lagi ala2 makcik bawang yg dah berusia.. rupanya sama baya je  |
|
|
|
|
|
|
|
kaki fitnah tu kena apa pulak?
bagus la dia pertahankan maruah dia..
si kaki fitnah memang patut pun kena pelangkung..
muda-muda dah pandai jaja mulut..
keturunan mami jarum ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang dia pukul la sampai kena dakwa ni 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita berminat nak tahu bagaimana kecederaan guru tersebut sehingga dilaporkan parah. Malangnya tiada maklumat di dalam artikel tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Memg patut la kaki fitnah tu kena pukul
Kesian member tu smp kena buang keje |
|
|
|
|
|
|
|
tah
parah camne tu
kalau selalu tulis parah tu
memang teruk
|
|
|
|
|
|
|
|
keluar berduaan benda yg tak biasa ke zaman skrg? Zaman i dulu , ye … |
|
|
|
|
|
|
|
Pergaduhan itu berlaku di dalam kelas hadapan murid-murid tahun dua di sekolah berkenaan dengan kedua-duanya saling menarik tudung dan memukul antara satu sama lain.
epic battle
harus bebudak ni igt smpi bila2
 |
|
|
|
|
|
|
|
Harap nadirah tu tak.jadi.menantu.sapa sapa
Takut huru hara family mertua nanti dek fitnah dia |
|
|
|
|
|
|
|
Anwar fitnah Mahathir amal rasuah sampai hari ni tak kena apa2 pun |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampunnn bertarik2 tudung..trauma bebudak tu |
|
|
|
|
|
|
|
X parah mana pun la si nadirah tu..jari retak sikit je pun..dah lah membawang, pastu gelapkan masa depan orang tu pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 31-1-2023 01:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Semoga diberikan hidayah... |
|
|
|
|
|
|
|
awanearisu replied at 31-1-2023 12:30 PM
Kita berminat nak tahu bagaimana kecederaan guru tersebut sehingga dilaporkan parah. Malangnya tiada ...
Tarik2 tudung lepas tu terjatuh dan terhantuk kepala kat meja or lantai terus jadi sewel kot...
Selayaknya orang fitnah ni dapat balasan cash terus...
Apapun semoga fitnah itu memang fitnah...
Tapi kalau dia keluar berduaan sekalipun yang mangsa tu kepochi kenapa?
Kubur kan lain2...
Gituhhh |
|
|
|
|
|
|
|
soalnya sekarang ya ka fitnah?
menarik untuk dikupas
|
|
|
|
|
|
|
| |
|