Bagia mengubati rindu peminat, Saujana bakal mengadakan konsert bersempena ulang tahun ke-25 penubuhan kumpulan nasyid popular berkenaan. Suffian atau Mohammad Suffian Amrin yang mewakili kumpulan tersebut berkata, idea mengadakan konsert istimewa tersebut tercetus semasa mereka mengadakan persembahan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) yang merupakan lokasi tertubuhnya Saujana.
"Waktu itu ada program alumni di sekolah dan kami membuat persembahan beberapa lagu. Ada alumni lain yang bertanya tentang konsert Saujana. "Asalnya memang kami rancang nak buat persembahan berskala kecil seperti minum petang tetapi hikmah pandemik dan persahabatan yang terjalin sejak bangku sekolah mencetuskan idea konsert ini. "Kami juga sangat bersyukur kerana mendapat Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak kementerian yang sangat membantu anak seni seperti kami bergiat lebih aktif,” katanya.
Suffian berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Saujana 25 Tahun yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini. Lebih menarik lagi apabila konsert ini bakal menggabungkan kesemua anggota Saujana yang lain antaranya, Ahmad Zuhaidi Abdul Aziz, Dr Khairul Idzwan atau Idzu Baharin, Mohd Hakimi Harun, Dr Faizul Hizal Ghazali, dan Wan Najran Wan Noh. Sementara itu, pengarah projek Konsert Saujana, Zuhaidi menjelaskan idea untuk menggabungkan semula Saujana dalam sebuah persembahan tercetus sejak lima tahun lalu. “Apabila melihat ramai kawan-kawan dalam arena muzik nasyid membuat konsert melalui dana DKD, kami juga rasa terpanggil untuk buat. “Lebih-lebih lagi Saujana tidak pernah buat konsert. Sedangkan kumpulan nasyid lain ada yang sudah buat lebih dari sekali konsert. Alhamdulillah, inilah masanya untuk kami gabungkan semula ahli-ahli lama untuk menghargai 25 tahun penglibatan Saujana,” kata Zuhaidi. Konsert Saujana 25 Tahun ini menampilkan konsep persembahan yang unik menerusi gabungan lagu ketuhanan dengan irama tradisional, hasil kolabrasi Saujana dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dibawah pimpinan Yazid Zakaria. Dalam pada itu, konsert ini turut dibantu rakan rasmi seperti Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Istana Budaya Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), AnNadi serta Zepp Kuala Lumpur. Konsert ini turut menampilkan artis jemputan seperti Nazrey Johani, Ustaz Nabil, kumpulan Awla dan Andika. Tiket dijual pada harga RM265 (Upper Deck- Platinum dan Ground Platinum), RM213 (Upper Deck-Gold dan Ground Gold), RM161 (Upper Deck- Silver dan Ground Silver) serta RM109 (Ground Bronze) dan boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my. -CARI Sumber: mStar Online
|
SiMontel replied at 31-1-2023 03:09 PM
anggota saujana bukan 5 org ker? ni dah ada 7 org? aku cuma ingat yg baju pink tu je sebab dulu gela ...
tagas replied at 31-1-2023 02:02 PM
Lain bona dr izu
dlm bedio klip zaman dedolu
peachnfamous replied at 31-1-2023 09:11 PM
5 org tp bila ada yg keluar dia ganti baru. bila kumpul semua jadi la 7 org. dlm gmbr first tu dua ...
tagas replied at 31-1-2023 02:02 PM
Lain bona dr izu
dlm bedio klip zaman dedolu
ADVERTISEMENT