CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Lantang Dan Garang Tapi Zaman Kena Marah Dengan Mas Idayu Dah Berlalu,"- Tuah SAJA

31-1-2023 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1179| Komen: 4

Description: Bekas peserta program Mentor Legend yang juga merupakan vokalis kumpulan SAJA iaitu Tuah tidak pernah mempunyai sebarang masalah bekerjasama dengan bekas mentornya, Mas Idayu meskipun penyanyi berkena ...
Bekas peserta program Mentor Legend yang juga merupakan vokalis kumpulan SAJA iaitu Tuah tidak pernah mempunyai sebarang masalah bekerjasama dengan bekas mentornya, Mas Idayu meskipun penyanyi berkenaan cukup terkenal sebagai seorang yang lantang dan garang.


Buktinya, Tuah bersama SAJA baharu sahaja merakamkan single terbaharu mereka iaitu Cari Cinta Di Indonesia yang turut menampilkan Mas Idayu.


Foto: IG

"Rakaman lagu bersama Mummy (Mas idayu) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami pun dah macam ibu dan anak sebab sudah lama kenal.

"Sepanjang merakamkan lagu tersebut, tidak ada pula Mummy marah-marah. Saya rasa zaman kena marah dengan Mummy sudah berlalu," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, bercakap mengenai lagu duet mereka, Tuah atau Mohamad Farhan Zahi Mohd Zaini, 30, berkata, elemen dangdut yang terdapat dalam lagu berkenaan membuatkan dia ingin berkolaborasi bersama Mas.


Kata Tuah, mereka juga ingin menembusi pasaran Indonesia dan sudah merangka promosi di negara berkenaan tidak lama lagi.



"Pada mulanya kami tidak terfikir untuk duet lagu ini bersama artis lain, tetapi bila terfikirkan elemen dangdut yang ada dalam lagu ni, saya terus terfikirkan Mummy.

"Insya Allah, kami juga sudah merancang promosi lagu berkenaan di Indonesia. Kami juga sudah berbincang dengan syarikat rakaman Anzu Music dan Euphoria Indonesia, paling awal pada Februari ini atau lepas Aidilfitri nanti," ujarnya.

Mengakui agak sukar diterima di pasaran Malaysia, Tuah dan ahli kumpulan SAJA yang lain iaitu Shah Reezal, Syafiq Hady, Ezad Shazrul, Syahrizan Sahamat, Mustakim dan Haziq Ramli berharap agar single terbaharu mereka ini mendapat sambutan di Indonesia.

Sebelum ini, SAJA pernah muncul dengan single Cari Cinta Satu Malaysia, namun ia seakan sukar diterima pendengar tempatan.



"Pada 2017 kami pernah keluar dengan lagu Cinta Satu Malaysia, tetapi banyak sangat halangan dan lagu tersebut pernah di ban kerana dianggap berkaitan dengan politik.

"Disebabkan itu, kami ingin cuba menembusi pasaran Indonesia dan lagi pun, dalam lirik kali ini juga banyak disebut nama-nama tempat yang ada di negara jiran itu," ujarnya.

Untuk rekod, Cari Cinta Di Indonesia merupakan gubahan Awan dan Akmal SAJA yang telah pun dilancarikan pada 21 Disember 2022. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 1-2-2023 08:28 AM
ko ni sape. muka pon xsiap spe la nk hadap
Quote marchikobonzo 1-2-2023 10:14 AM
tak kenal..retis kah?
Quote LadyCarefree 1-2-2023 11:32 AM
ambik nekebayan utk tembus pasaran indonesia? gudlak la. Kalau ko ajak babyshima tu kot la tapi dia pon xnak kot. Lainlah macamlah lantai tu.
Quote rayna_raynes 1-2-2023 02:47 PM
Tak commercialnya muka Tuah ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.042604 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top