Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Cat Farish didakwa melafazkan talak terhadap isterinya, Suriani Hassan, 36, sebanyak tiga kali tanpa sebab pada 13 Disember lalu. Susulan itu, isterinya itu mengesahkan telah membuat pendaftaran pengesahan cerai di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan selepas tiga hari talak dilafazkan.
Oleh itu, perbicaraan kes perceraian mereka telah ditetapkan pada 16 Januari lalu, namun Cat dan isterinya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status perkahwinan mereka secara rasmi. Menerusi sebuah hantaran Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 48 baru-baru ini, seorang individu bertanyakan mengenai status perkahwinannya di ruangan komen. Tidak berselindung, Cat menyatakan bahawa dia dan isterinya kini membawa haluan masing-masing diruangan komen tersebut. Komen balas Cat tersebut sekaligus mengesahkan bahawa dia dan isterinya kini sudah bercerai. -CARI
Sumber: XTRA
|
primarikey replied at 30-1-2023 09:49 AM
Macam bagus je kucing tua ni
Kesian ank org dijandakan tanpa sebab
Bajet hot sgt...pdhl dh sendu
makihamis replied at 30-1-2023 11:09 AM
ada penyakit dah ke? eww tak padan ada penyakit lagi nak menjandakan bini sendiri. esok esok kalau ...
ADVERTISEMENT