CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berselera Telan Udang Dan Sotong Hidup, Masya Masyitah Dikecam Jahil Hukum Agama, Pengotor!

30-1-2023 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5439| Komen: 64

Description: Tindakan berani penyanyi Masya Masyitah mencuba beberapa hidangan mentah ketika bercuti di Bangkok, Thailand diselar netizen yang menganggap dia kurang faham tentang pemahanan tentang hukum agama.
Tindakan berani penyanyi Masya Masyitah mencuba beberapa hidangan mentah ketika bercuti di Bangkok, Thailand diselar netizen yang menganggap dia kurang faham tentang pemahanan tentang hukum agama.


Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 23, menerima kecaman itu apabila dilihat berselera menikmati juadah sotong dan udang yang masih hidup tanpa rasa ragu-ragu di sebuah pasar malam di negara berkenaan.

Kata Masya, pada awalnya dia sendiri merasakan makanan tersebut seakan-akan mustahil untuk ditelan namun tidak menyangka dapat menikmatinya sehingga habis.

Foto: IG

"Ia kelihatan mustahil sehingga ia selesai," katanya menerusi perkongsian video di Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Masya dilihat menikmati sotong dan udang yang masih bergerak di dalam bekas makanannya dengan penuh berselera.

Malah dia juga turut mengangguk-angguk sebagai tanda hidangan tersebut sesuai dengan cita rasanya.




Sehubungan itu, rata-rata wanganet menegur tindakan Masya yang seolah-olah tiada ihsan terhadap haiwan yang masih hidup.

Mereka juga berharap agar perbuatan Masya tidak menjadi ikutan kerana tidak elok dipandang di sisi agama.



"Dakwat sotong itu najis! Boleh kata pengotor juga, orang nak makan semua benda siap siang cuci. Bukan main telan terus hidup-hidup.

"Macam tak berperikemanusiaan makan binatang yang masih hidup, siksa binatang itu dengan lada lepas itu makan zalim!



"Sebagai orang Islam hukumnya makruh! sebab dah hilang sifat ihsan terhadap haiwan. Makanan laut mentah sangat terdedah dengan parasit," antara komen netizen.

Untuk info, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak, ceria Popstar pada tahun 2014 dan menyandang gelaran nasib juara Bintang Kecil RTM pada 2011. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 30-1-2023 09:50 AM
Eiyaaa.. terikut ikut dia ni. dulu zaman budak budak nampak naif je. Semakin membesar smakin tah pape dia ni. Tolonglah parents ke sesape review, monitor dulu content yang akan beliau post di media social
Quote Themilo 30-1-2023 10:11 AM
sotong hidup tu memang geli la, tapi weols teringin jua mencuba dancing shrimp kat thailand. salad udang kecik yang hidup-hidup tu.
Quote prince_marhaen 30-1-2023 10:11 AM
Pompuan ni sabit dah terlanjur pakai tudung masa budak2 je, takleh nak rewind balik dah...kalau tak memang mendoniaaaa lah dengan pakaian ala-ala cina bukit pompuan taiwan dah.....skrg pakai tudung pun dressing aneh-aneh.. so, apa dia kisah orang lain cakap.... tengok bedak sekati dah tau..tangan tetap berkerak ye.
Quote salimrock 30-1-2023 10:12 AM
masya pernah makan torpedo hidup tak?
Quote salimrock 30-1-2023 10:12 AM
cuba makan geoduck, sejenis haiwan laut
Quote airmineral 30-1-2023 10:23 AM
sape budak niiii
nama asik naik jeee
Quote pocongkiutss 30-1-2023 10:25 AM
Ee gelinya..tak kena Toxoplasmosis ke nanti makan benda mentah2 ni

Adik ni cantik.tp kenapa mcm mid life crisis eh..muda lagi
Quote Fazdnoah 30-1-2023 10:30 AM
Gambar pakai boot tu, ko bkk je lah tudung. Pakai je short nmpk peha. Konpem 1 bb cari ko
Quote navyna 30-1-2023 10:54 AM
Makan dgn taik2 sekali ke
Quote MoonRise 30-1-2023 11:09 AM
Geli la weh. Aku kepala sotong pon tak makan. Laki aku yg makan. Ni sekali kepala, gigi, isi perut...euww
Quote pembacagosip 30-1-2023 11:16 AM
MoonRise replied at 30-1-2023 11:09 AM
Geli la weh. Aku kepala sotong pon tak makan. Laki aku yg makan. Ni sekali kepala, gigi, isi perut.. ...

tahi nya sekali mungkin huhuhuhuhu
Quote dudaberhias 30-1-2023 11:21 AM
ewwww geli... tapi dah pernah ada ustaz jawab pasal hukum makan makanan ni...

sebab dia dah rendam dalam air limau tu masakan laut tersebut dah di kira masak... jadi kira boleh di makan... cumanya ewwww geli dikkkk... pernah rasa yang udang lompat2 tu jerrr... rasa dia entah lah yang campuran sayurala2 kerabu tu sedap... yang udang tu iols geli... sooo takyah bubuh udang melompat2 pun dah sedap.. sotong tu tak pernah makan lagi tapi dah tau la sah2 hanyir persis che pit gitteww...
Quote syawal286 30-1-2023 11:22 AM
tp udang hidup tu sedap.. dancing shrimp salad.. aku dok thailand ni setahun dh.. selalu sgt makan..

sotong tu x minat.. pernah kena tembak dakwat time nak makan.. habis baju..
Quote chandrahusin 30-1-2023 11:26 AM
Serabutnya fesyen dia
Muka dh lawa
Quote lasagna 30-1-2023 11:28 AM
ckup laa kaka makan sushi, if gini pya stail pegi jepun pun iols tak brani nk mkn sementah sotong + dakwat skali.
Quote makadek 30-1-2023 11:33 AM
Apa lgu hit dia... Apa product dia
Quote samshik 30-1-2023 11:34 AM
Suara sedap tapi agak kurang pandai ko ni dik... Pesyen sailormoon ke ko pakai neh?
Quote forum5290 30-1-2023 12:02 PM
Bideo dye mkn sotong to....mmg rambut dye ke kaler cmto...ke iolls salah tgk...
Warna keemasan gituuu
Quote hunny_bunny 30-1-2023 12:04 PM
dia ni sapa?

kenapa mcm xkenal

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.433998 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top