CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Serah Kepada Polis Insiden Diserang Madu, Fyna Jebat Fokus Famili Duo

30-1-2023 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1066| Komen: 5

Description: Fyna Jebat memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai insiden dia diserang oleh madunya, Datin Zalina Zaini di sebuah restoran mamak di Shah Alam pada 23 Januari lalu.Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 3 ...
Fyna Jebat memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai insiden dia diserang oleh madunya, Datin Zalina Zaini di sebuah restoran mamak di Shah Alam pada 23 Januari lalu.

Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 30, berkata, buat masa ini dia menyerahkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.



Foto: Tiktok

"Tiada apa yang boleh saya kongsikan, biarlah saya serahkan kepada pihak berwajib. Itu sahaja," katanya kepada mStar.

Fyna berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selepas persembahan program Famili Duo minggu minggu ketujuh yang diadakan di Studio 2, Sri Pentas Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Fyna berkata, fokusnya terhadap Famili Duo tidak terganggu meskipun banyak kontroversi melibatkan dirinya sejak muncul dalam pertandingan itu.

"Saya tidak terganggu. Saya fokus dengan pertandingan Famili Duo sebab kakak saya banyak berhabis dan pasukan kami juga dah banyak bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik.


“Saya terlalu sayangkan Famili Duo, jadi saya akan kekal fokus untuk memberikan persembahan sepenuh hati saban minggu," katanya lagi.

Terdahulu, Fyna mengaku bahahwa dia sudah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan.

Enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan tersebut, Fyna bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan kebahagian mereka.

Susulan itu, dia juga terpalit dengan kontroversi selepas didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya selepas persembahan Famili Duo minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal berkenaan.

Iqbal juga memberitahu isteri pertama Zainal dikatakan menarik rambut madunya hingga membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar premis tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 31-1-2023 08:36 AM
yela pina oi. hadap la laki ko tu
Quote prizadane 31-1-2023 08:39 AM
Dah sondol kan. Kang bunyi lebih, kena serang dengan nurtizen lak
Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 10:43 AM
selamat berbahagia dengan tok laki yang 'hansem' tuh
Quote krustykrab 31-1-2023 10:45 AM
Kenapa ye kna sebut "madu".. kan elok sebut "saingan"
Quote kikilalapooh 31-1-2023 03:21 PM
apa ada dalam otak fyna ni eh bila dia decide nak kawin dgn tok jenal bidin ni? ko tak geli ke kawin dgn org tua sangat dari ko?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049780 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top