Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) akan menarik balik larangan sejak beberapa dekad lalu ke atas lelaki gay dan biseksual yang aktif secara seksual daripada menderma darah. Menurut akhbar New York Post, keputusan dibuat dengan mengetepikan sekatan yang dilaksanakan sejak krisis AIDS pada tahun 1980-an
Garis panduan persekutuan baharu yang dikemas kini itu diumumkan kelmarin. Ia menandakan kemenangan untuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan pakar-pakar kesihatan yang sekian lama menganggap larangan itu sebagai diskriminasi. Garis panduan terkini FDA memberi tumpuan kepada aspek tingkah laku seksual individu tanpa mengira jantina dan identiti seksual mereka. Ia sebaliknya mengukur risiko penularan virus imun (HIV) berdasarkan amalan seksual semata-mata. “FDA mengumumkan perubahan larangan derma darah dengan menggunakan soalan berasaskan risiko individu bagi mengurangkan penularan HIV,” kata FDA.
Orang ramai yang menjalin hubungan monogami tanpa mengira orientasi seksual sama ada lelaki dan wanita, akan layak untuk menderma darah. Garis panduan itu juga merangkumi golongan wanita yang melakukan hubungan seks melalui dubur. Kelulusan diberikan jika mereka tidak melakukan hubungan seksual dalam tempoh tiga bulan sebelumnya. Penderma yang melakukan hubungan seks melalui dubur atau mempunyai pasangan seksual baharu akan diarahkan untuk menunggu sehingga tiga bulan, kata FDA. Sebelum ini, peraturan FDA hanya melarang lelaki yang melakukan hubungan sejenis daripada menderma darah. Sumber: Kosmo
|
mojarean_X replied at 29-1-2023 10:30 AM
Btw ada ke gay yg monogami. Majoritynya jalang bertukar pasangan
green~tea replied at 29-1-2023 12:04 PM
Ade je yg monogamy... yg "official" lah...
Mcm exbosss i.. ada "husband" chinese... diorg long t ...
rogayahtop replied at 29-1-2023 02:11 PM
selama nj pun bukannya tau darah sape kita dapat. tp kalau taknak darah lgbt kat hospial bolehla tr ...
Farnor replied at 29-1-2023 06:20 PM
Pening kepala guwe bila dah baca news ni..tak pasal2 pula tak berani nk derma darah dah.
ADVERTISEMENT