View: 1202|Reply: 13
|
Lelaki Gay, Biseksual Dah Boleh Derma Darah
[Copy link]
|
|
Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) akan menarik balik larangan sejak beberapa dekad lalu ke atas lelaki gay dan biseksual yang aktif secara seksual daripada menderma darah.
Menurut akhbar New York Post, keputusan dibuat dengan mengetepikan sekatan yang dilaksanakan sejak krisis AIDS pada tahun 1980-an
Garis panduan persekutuan baharu yang dikemas kini itu diumumkan kelmarin. Ia menandakan kemenangan untuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan pakar-pakar kesihatan yang sekian lama menganggap larangan itu sebagai diskriminasi.
Garis panduan terkini FDA memberi tumpuan kepada aspek tingkah laku seksual individu tanpa mengira jantina dan identiti seksual mereka. Ia sebaliknya mengukur risiko penularan virus imun (HIV) berdasarkan amalan seksual semata-mata.
“FDA mengumumkan perubahan larangan derma darah dengan menggunakan soalan berasaskan risiko individu bagi mengurangkan penularan HIV,” kata FDA.
Orang ramai yang menjalin hubungan monogami tanpa mengira orientasi seksual sama ada lelaki dan wanita, akan layak untuk menderma darah.
Garis panduan itu juga merangkumi golongan wanita yang melakukan hubungan seks melalui dubur. Kelulusan diberikan jika mereka tidak melakukan hubungan seksual dalam tempoh tiga bulan sebelumnya.
Gambar hiasan
Penderma yang melakukan hubungan seks melalui dubur atau mempunyai pasangan seksual baharu akan diarahkan untuk menunggu sehingga tiga bulan, kata FDA.
Sebelum ini, peraturan FDA hanya melarang lelaki yang melakukan hubungan sejenis daripada menderma darah.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Btw ada ke gay yg monogami. Majoritynya jalang bertukar pasangan |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 29-1-2023 10:30 AM
Btw ada ke gay yg monogami. Majoritynya jalang bertukar pasangan
Ade je yg monogamy... yg "official" lah...
Mcm exbosss i.. ada "husband" chinese... diorg long term relationship sejak 2010.. tp last year kitorg terserempak dengan "husband" dia tu ngedate dgn jantan lain kat restoran serai... maybe lately diorg open relationship dah kot |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 29-1-2023 12:04 PM
Ade je yg monogamy... yg "official" lah...
Mcm exbosss i.. ada "husband" chinese... diorg long t ...
Hahah aduii.. jumpa kat restoren serai ke. kenapa tak terserempak kat restoren kunyit je |
|
|
|
|
|
|
|
selama nj pun bukannya tau darah sape kita dapat. tp kalau taknak darah lgbt kat hospial bolehla try request nurse tapis [em:3:]
tak reti open relationship, berkongsi senduk, semua ni Nak kata bosan makan ikan sekala skala nak steak, akak kalau dah suka tiap2 hari boleh makan ikan.
Lepas tu dah tua nanti takdanya nak beropen2, Yg jantan pun masa sakit bukannya semua skandal berkumpul dkt hospital kalau pompuan terberanak sekor tak datang kalau ada 10 skandal pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
rogayahtop replied at 29-1-2023 02:11 PM
selama nj pun bukannya tau darah sape kita dapat. tp kalau taknak darah lgbt kat hospial bolehla tr ...
Entoh... kalo iols geli geleman nak bertukar2 senduk.. sbb kalo dah TAWAR HATI, mmg nafsu pun MATI.... sorry la... we should end one relationship properly.. then baru start new one.. 1 person at 1 time je lah... tak boleh nak samakan lauk pauk dengan pasangan...
And i pun takleh terima kalo spouse ada scandal ke apa.. mmg aman2 iols tinggalkan without hesitation |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bahaya pencemaran darah ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin sebab bekalan darah di tahap kritikal?
anyway.. aku tak berapa setuju juga. tapi aku bukan reti dalam bab ni.
mari kita rujuk kepada para doktor dan pakar perubatan |
|
|
|
|
|
|
|
Pening kepala guwe bila dah baca news ni..tak pasal2 pula tak berani nk derma darah dah. |
|
|
|
|
|
|
|
good luck la penerima darah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanat oi!!! Tak payah lar setan! |
|
|
|
|
|
|
|
Farnor replied at 29-1-2023 06:20 PM
Pening kepala guwe bila dah baca news ni..tak pasal2 pula tak berani nk derma darah dah.
Maksud kau tak berani nak terima darah, sisthur?0 |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 2-2-2023 07:34 PM
Maksud kau tak berani nak terima darah, sisthur?0
Dear sis poki.. Ya guwe tak berani nk trima daroh golongan ni..takut lain pulok jdi ye nyah |
|
|
|
|
|
|
| |
|