MELAKA – Gara-gara berebut ruang parkir di taman perumahan, seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul jirannya, yang juga guru sehingga cedera pada Disember tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Fuad Jahaya, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera kepada, Aziah Omar, 54, dengan cara memukul di bahagian kepala dan lengan mangsa menggunakan tangan. Dalam prosiding sama, tertuduh dan suami mangsa, Rosli Baba, 60, yang merupakan pesara guru turut didakwa atas pertuduhan secara bersama-sama melakukan gaduh gempar dengan memukul antara satu sama lain. Kedua-dua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1 tengah hari di Jalan Bertam Setia 12, Taman Bertam Setia, dalam daerah Melaka Tengah pada 19 Disember 2022.
Difahamkan, pergaduhan itu berpunca daripada perebutan ruang parkir dan pertengkaran antara Fuad dan Rosli dikatakan berlaku ketika pesara guru itu ingin keluar menunaikan solat Jumaat di masjid. Aziah yang cuba meleraikan pergaduhan bagaimanapun telah terkena pukulan Fuad sehingga menyebabkannya cedera dan berlaku pergelutan kedua antara tertuduh. Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Mohammad Naim Abd. Jalil mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000 terhadap Fuad bagi kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan RM5,000 setiap seorang bagi kesalahan gaduh gempar. Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar jaminan tersebut dikurangkan dengan masing-masing memberikan alasan perlu menanggung keluarga, selain Rosli memberitahu dia kini merupakan pesara guru. Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Mazana kemudian membenarkan Fuad diikat jamin sebanyak RM1,000, manakala Rosli RM500 dengan seorang penjamin serta menetapkan tarikh 13 Mac ini sebagai sebutan semula kes. – CARI Sumber: Kosmo
|
CiliPadiSedap replied at 27-1-2023 04:49 PM
pihak berkuasa bila nak kuatkuasa undang2 xboleh parking depan rumah jiran. atau halang lalu lintas ...
CiliPadiSedap replied at 27-1-2023 04:49 PM
pihak berkuasa bila nak kuatkuasa undang2 xboleh parking depan rumah jiran. atau halang lalu lintas ...
Buritan replied at 27-1-2023 09:08 PM
Betulla.. aku naik rimaslaaa.. rumah dia biar kosong.. pi nyempit ruang puki rumah aku buat ape
CiliPadiSedap replied at 27-1-2023 04:49 PM
pihak berkuasa bila nak kuatkuasa undang2 xboleh parking depan rumah jiran. atau halang lalu lintas ...
she replied at 27-1-2023 09:26 PM
Kena buat akta
Dah banyak kes sampai berbunuh2
FlexyFox replied at 27-1-2023 10:38 PM
Apa kata, kau buat sign board 'no parking' letak di pagar. Ok tak?
Buritan replied at 27-1-2023 10:57 PM
Aku letak aje.. kalo ikut aku.. aku letak kun oren tuu..
FlexyFox replied at 27-1-2023 11:04 PM
dia tak faham juga? susahlah cam tu. Mcm mana nak 'love your neighbor' kan kalau dah neighbor pun ...
Buritan replied at 27-1-2023 11:07 PM
Sbb tuu aku bls dendamm baik punyaaa.. aku suka bg kucing mkn.. kucing kurap tuu tak berak rumah a ...
ADVERTISEMENT