CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bela Diri Bung Moktar Dan Zizie Izette Tidak Didengar

27-1-2023 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3573| Komen: 24

Keterangan bela diri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A. Samad terhadap pertuduhan rasuah, masih belum ditentukan selagi rayuan mereka terhadap permohonan semakan tidak didengar oleh Mahkamah Rayuan.


Peguam M. Athimulan yang mewakili Ahli Parlimen Kinabatangan itu memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, pengurusan kes terhadap rayuan itu di Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 22 Mac ini.

Tarikh pendengaran rayuan masih belum ditetapkan kerana Mahkamah Rayuan belum menerima rekod rayuan termasuk penghakiman bertulis dan nota keterangan daripada Mahkamah Tinggi.


Foto: Kosmo

Sehubungan itu, pihak pembelaan memohon tarikh sebutan lain bagi memaklumkan perkembangan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How tidak membantah permohonan pembelaan untuk kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan.


Hakim Rozina Ayob kemudian menetapkan sebutan pada 27 Mac ini dan membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kehadiran kedua-dua tertuduh dikecualikan.




Pada 3 Januari lalu, pasangan itu yang sepatutnya mula membela diri terhadap pertuduhan rasuah melibatkan pelaburan RM150 juta wang Felcra dalam unit amanah Public Mutual Berhad, dibenar oleh Mahkamah Tinggi untuk menggantung perbicaraan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman (kini Hakim) Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan demikian selepas membenarkan permohonan kedua-duanya sementara menunggu rayuan mereka dilupuskan oleh Mahkamah Rayuan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 27-1-2023 03:55 PM
aik? tetiba guna wheelchair
Quote KamikuP 27-1-2023 04:00 PM
Selain muka Lapiji yg mulut herot serta wak jahit deponegoro, si Bung ni jugak meolls menyampah tengok.
Mujur wife meolls tak mengandung kalau tak terkenan muka salah sekor nih.. ekekekek
Quote SherryZass 27-1-2023 04:25 PM
Tiber uzurlah pulak lakinya zizie ni.
Quote ezacbee 27-1-2023 04:27 PM
Ni tetiba sakit ke
Quote Orix 27-1-2023 04:29 PM
Time nk pi court je sakit. Agitchew
Quote rbmy 27-1-2023 04:29 PM
nampak dah permainan dia. tiba2 sakit. tiba2,..semua
Quote ladybugz 27-1-2023 04:40 PM
belajar dgn presiden kah. hmm.. patut usung atas katil ambulance lagi meyakinkan.
Quote naina 27-1-2023 04:46 PM
Amboi sampai 3 orang control wheelchair. Jilat sangat
Quote opie5662 27-1-2023 05:01 PM
Tiberrrrrrrr jadi oku pulak.. Hahahahha
Quote Shahman86 27-1-2023 05:16 PM
ladybugz replied at 27-1-2023 04:40 PM
belajar dgn presiden kah. hmm.. patut usung atas katil ambulance lagi meyakinkan.

Ptt letak dlm keranda terus sekali dgn nesan
Quote syamzana 27-1-2023 05:39 PM
si laki guna wheelchair, bini dia caner lak??? segar bugar baru ni posing dgn muke reno baru takkan nati tiba2 berbalut mumia dok atas stretcher plak?
Quote orkidorkido 27-1-2023 06:54 PM
Hmm takkan terlepas nya walau angkut dengan ambulance
Quote dudaberhias 27-1-2023 06:56 PM
tetiba sakit plak yerrr...

dah macam ikan kering kena tolak atas stroller dah...

tapi tu la tak kesian pun sebab ada juga orang tolak... orang lain melopong je dikkkk...
Quote dudaberhias 27-1-2023 06:59 PM
syamzana replied at 27-1-2023 05:39 PM
si laki guna wheelchair, bini dia caner lak??? segar bugar baru ni posing dgn muke reno baru takkan  ...

si bini ada je mengapit di sebelah siap casing phone LV dan belt christian dior tau kaka!hadir siap ootd gittewwww... mujur dia tak catwalk sekali sesambil tolak ikan kering ke kereta...




Quote JunkMail 27-1-2023 08:02 PM
Bila nak masuk mahkamah je tiber uzur je kau kan.. elok meninggal terus. Senang. Habis cerita. Boleh la masing-masing tutup aib si mati terus kan.
Quote missyL 27-1-2023 09:46 PM
Dieorg ni mmg sakit teros ye klo g court
Kalo pak komedi Mcm2 penyakit time pg court
Ni dah jadi tpm sihat walafiat dah

Berjangkit kt si bung plk
Sat g si zizie plk
Quote missyL 27-1-2023 09:47 PM
JunkMail replied at 27-1-2023 08:02 PM
Bila nak masuk mahkamah je tiber uzur je kau kan.. elok meninggal terus. Senang. Habis cerita. Boleh ...

Aminnnn
Iols tlg amin kn doa u
Sng nti jimat jgk kos mahkamah nk bersidang
Quote dani-rox 27-1-2023 09:48 PM
naik wheelchair pulak. adakah jatuh sakit sampai tak bleh berdiri sbb terperanjat tengok muka baru bini serupa bapok?
Quote Perawankota 27-1-2023 11:52 PM
Lain betul muka Kat atas dgn muka ni

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044327 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top