CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Boleh Tak Netizen Beri Kami Ruang Untuk Honeymoon Tanpa Tanya Soalan Anak?"-Zulin Aziz

27-1-2023 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2113| Komen: 23

Description: Sering ditanya soalan mengenai cahaya mata, pelakon Zulin Aziz memohon agar orang ramai memberi ruang kepadanya tentang perancangan itu.
Sering ditanya soalan mengenai cahaya mata, pelakon Zulin Aziz memohon agar orang ramai memberi ruang kepadanya tentang perancangan itu.

Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 34, berkata dia dan suami Farhan Norzini kini masih dalam tempoh 'honeymoon' meskipun hampir setahun mereka mendirikan rumah tangga.


Foto: IG

"Belum setahun pun lagi dah macam-macam soalan keluar. Tidak mengapa, saya tidak marah. Dari mengata baiklah doakan yang baik-baik.

"Saya berserah kepada Allah. Yang mana yang terbaik, InsyaAllah saya reda. Boleh tak netizen beri kami ruang? Ruang untuk honeymoon berdua tanpa asyik tanya soalan anak dan merepek itu," katanya.



Zulin menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Jumaat.

Tambahnya lagi sebagai pasangan suami isteri pastinya mereka mahu memiliki anak sendiri dan membina keluarga terutamanya apabila melihat orang sekeliling sudah dikurniakan cahaya mata.



"Kami nak sangat dikurniakan zuriat. Saya teringin nak jadi ibu. Tengok kiri kanan, kawan-kawan semua sudah ada isi (hamil).

"Mana tahu berkat doa anda semua, rezeki akan menyebelahi kami. Perancangan Allah itu lebih baik kan? Anda semua janganlah paksa," ujarnya.

Berkongsi fasa kehidupan berumah tangga, Zulin berkata dia tidak lagi seperti sebelum ini yang terlalu asyik mengejar populariti dan meraih perhatian peminat.



Malah suami juga banyak membantu dia untuk berubah dan kini rutin hariannya lebih tertumpu kepada pengurusan keluarga.

“Setiap hari saya belajar jadi lebih baik. Saya nak jadi isteri mithali untuk suami. Bangun pagi jalankan tanggungjawab sebagi isteri. Anda pun boleh nampak rutin saya setiap hari.

“Suami banyak mengajar saya. Alhamdulillah... saya pun rasa perubahan. Dunia saya dah berbeza dari dulu. Saya tiada masa nak fikir soal glamor,” jelasnya.



Untuk rekod, Zulin dan suami mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu.

Dia sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran pada Ogos lalu.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkidorkido 27-1-2023 07:41 PM
Betul ke ada orang tanya?
Quote Bawang123 27-1-2023 07:44 PM
Boleh... Ok, next.
Quote habisnamadahni 27-1-2023 07:54 PM
sikirinshot sat nak tgk sapa yg sibuk tanya tu..ke acah² je ..sebab dh sendurina ..
Quote Adeakukesah11 27-1-2023 08:05 PM
Lahhh ko pun baru je kahwin. Asal nk sentap sgt? Jawap jelah elok2.
Quote margo20 27-1-2023 08:06 PM
Kau pun nk limelight jgk
Quote Hoola 27-1-2023 08:36 PM
sat madu, sat anak
netijem bizi hal lain lah!
Quote ujio 27-1-2023 09:08 PM
Siapa tanya..?!
Quote Fly_over 27-1-2023 09:11 PM
tak kawen mrempan, dah kawen mrempan. kbai..
Quote missyL 27-1-2023 09:44 PM
Ade ke org tnye
Ke andaian je
Quote DeLuna85 27-1-2023 10:07 PM
Netizen jangan mcm makcik2 sangat la.
Quote yondu 27-1-2023 10:21 PM
tak bole tgk la muka makcik ni. terbayang2 dia brcakap dgn mulut herot berot tu mcm mulut jering. ade ofismet i ckp, pmpn klau mulut herot2 bercakap ni, perangai pn lebih kurang herot2
Quote Perawankota 27-1-2023 11:50 PM
Ok . Next.      
Quote namieamuro 28-1-2023 12:09 AM
ala gedik. tah2 yg dok tnye tu acik2 die kt kampung. pastu tuduh netizen
Quote jlocute 28-1-2023 12:49 AM
Kalau tgk ig dia muka dia nampak runcing tp bila tgk dia di ig org lain muka x seruncing dalam ig dia..
Quote whimsicalmusic 28-1-2023 03:55 AM
kenapa eh aku rasa mcm diorg ni sesuatu
Quote downiey 28-1-2023 05:11 PM
xde sape pon tnye masalahnye
Quote slyfynx 28-1-2023 05:27 PM
Ntah2 yang tanya family sendiri,
Pastu bising macam ramai nk amik tau pasal ko
Quote newyork 29-1-2023 09:13 AM
Ada org tanya ka
Quote totokreturn. 29-1-2023 11:23 AM
dia ni buat pemebdahan potong perut ka?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.177666 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top