CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berhenti Tanya, Anak Azhar Sulaiman Tak Sakit Apa-Apa! Kurus Dan Cengkung Sebab Faktor Genetik

27-1-2023 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3452| Komen: 21

Description: Gara-gara penampilan fizikal dilihat kurus, ramai yang meminta anak kepada Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leia Ixora membuat pemeriksaan kesihatan.
Gara-gara penampilan fizikal dilihat kurus, ramai yang meminta anak kepada Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leia Ixora membuat pemeriksaan kesihatan.

Menurut Leia, 23, bapanya sudah membawanya melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan mendapati dirinya sihat serta tiada sebarang masalah kesihatan.


Foto: IG

"Saya sudah pun dapat keputusan kesihatan. Doktor beritahu kelenjar limfa saya agak besar.

"Selain daripada itu, saya tiada masalah. Doktor pun cakap saya hanya kurus dan dia sempat bertanya sama ada saya makan atau tidak," katanya.

Leia berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.



Dalam pada itu, Leia turut menafikan dakwaan netizen yang sebelum ini membuat andaian dia mempunyai pelbagai masalah kesihatan termasuklah mengalami anoreksia.

Kata Leia, fizikalnya yang kurus mungkin disebabkan faktor genetik dan bukannya kerana berpenyakit.


"Semua orang tanya ada anoreksia, leukimia, hypertension, hipertiroid ke? Guys, jawapannya adalah tak.

"Satu-satunya perkara yang saya boleh jelaskan ialah ia hanya kerana genetik. Jadi, kalau masih ada soalan macam ni, sila tanya ayah saya," ujarnya.

Sementara itu, Leia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat terhadap tahap kesihatannya.


"Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang komen dekat TikTok saya sama ada yang benar-benar ambil berat atau beri komen yang tidak baik.

"Sebenarnya saya dah lama nak buat pemeriksaan sejak tahun lalu lagi tetapi disebabkan jadual yang sibuk di universiti, saya terpaksa menundanya," katanya.




Sebelum ini, Leia dikatakan pitam selepas menerima rawatan di PPUM dan keadaannya itu merisaukan Azhar yang bimbang sekiranya anaknya itu menghidap penyakit hipertiroid.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-1-2023 04:02 PM
Kasih LEia ni anak sulong tapi fizikal kecik mcm dia pulak yang bongsu.
Anyhoo moga diberi kesihatan yg baik yaachh.. AAmin
Quote missyL 27-1-2023 09:48 PM
Die ni Kelakar kt tiktok
Siap lg mengakui muka die mcm didie alias pling top
Quote Perawankota 27-1-2023 11:54 PM
Apa TikTok dia ye
Quote makadek 28-1-2023 12:08 AM
Sbjk mcm anak kawn aku
Kering teramat sgt sekali dh kawin ada anak elok dh berisi sikit, masa dia kawin pn ok dh rupa dia kalau tk mcm tulang bergerak
Quote beatgirlX 28-1-2023 12:16 AM
Aku suka tgk TT dia gak..walaupun pelat tapi dia terus je ckp bm...moga terus sihat kasih
Quote Shayang 28-1-2023 06:16 AM
Biarlah kurus drpd berisi..
Atleast takde masalah nk cari pakaian, leh mkn byk2.

Amenda laa org yg bising2 tu, aku lagi risau kalau tgk badan ank berisi.
Pelakon2 korea pujaan korang semua saiz xxxs takde plak memasing bising.
Quote newyork 28-1-2023 08:12 AM
Nnt dia kawin beranak naik la mcm mak dia..hadoih..janji sihay sudah.
Quote naina 28-1-2023 08:29 AM
Seri dan isi semua pergi kat adik dia kasih Leona. Beza gila. Leona nak energetic dan happy girl.
Quote Prickford 28-1-2023 08:51 AM
Shayang replied at 27-1-2023 10:16 PM
Biarlah kurus drpd berisi..
Atleast takde masalah nk cari pakaian, leh mkn byk2.

Kurus salah, gemok salah. Mentality macam ni kena stop.

Quote katak hijau 28-1-2023 09:04 AM
Bukan haritu kata dia hypertiroid ke? Skarang xde pulak
Quote adelea 28-1-2023 09:39 AM
katak hijau replied at 28-1-2023 09:04 AM
Bukan haritu kata dia hypertiroid ke? Skarang xde pulak

Kan bapak ckp bimbang hyperthyroid.. tapi xde lepas check up
Quote ezacbee 28-1-2023 10:18 AM
Kawan aku lagi kurus dpd leia... pakai jeans pun berlipat kat pinggang. Sejak berkahwin boleh lak dia mengembang.

Klo azhar berisi sikit dah hensem cam dulu. Sama cam faizal husin kurus sangat.
Quote krimkraker 28-1-2023 10:28 AM
Kasih ni memang ikot jejak ayh die kan. Menyanyi bole...melukis pun boleh walau meolss xpaham makna tersiratnye....meolss suke lagi tengok die dari si adik tu.
Quote kitty_lynne 28-1-2023 11:41 AM
Suka tgk dia kat tiktok.. cantik jer Kasih ni..
Dan suka tgk dia dgn bapak nya ..
Quote inspektoremos21 28-1-2023 02:22 PM
Dia ikut gen azhar la kot kecik kurus.. adik2nya pulak ikut gen mak jenis besar
Quote downiey 29-1-2023 01:38 PM
dulu xsalah die ade confess dkt fb die sakit. xigt sakit ape.. kene godek balik fb die
Quote kalchi 29-1-2023 01:59 PM
krimkraker replied at 28-1-2023 10:28 AM
Kasih ni memang ikot jejak ayh die kan. Menyanyi bole...melukis pun boleh walau meolss xpaham makna  ...

Lawa lukisan dia kan. Mmg ikut jejak bpk sgt, bebas pon bebas so mami takle nk komplen la anak pangai mcm2.
Quote kalchi 29-1-2023 02:03 PM
naina replied at 28-1-2023 08:29 AM
Seri dan isi semua pergi kat adik dia kasih Leona. Beza gila. Leona nak energetic dan happy girl.

Kt mana tah kata sheols ada eczema. Bila close up kulit dia nampak.  So slain cengkung, bnde tu turut buat muka dia kurang glowing
Quote Burong_Hantuk 29-1-2023 02:50 PM
atoknya tan sri pahamin skrg...


Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058107 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top