Rata-rata peminat kumpulan sensasi K-pop dari Korea Selatan, Blackpink kesal dan kecewa dengan harga tiket yang dijual sempena konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ di Kuala Lumpur pada 4 Mac ini adalah antara yang termahal di dunia dalam konsert jelajah kumpulan itu.
Tinjauan di platform e-tiket mendapati harga satu tiket di Malaysia adalah paling mahal sehingga mencecah RM2,300. Bukan itu sahaja, peminat juga menganggap harga yang ditawarkan tidak berbaloi sama sekali kerana tempat duduk penonton dikatakan jauh dari pentas utama serta ada yang menyamakannya seperti ‘harga yahudi’. Beberapa pengguna Twitter baru-baru ini membandingkan harga tiket konsert Blackpink di Malaysia dengan negara lain yang menjadi lokasi pilihan jelajah dunia kumpulan popular tersebut. Menurut perkongsian di media sosial, harga tiket konsert Blackpink di Seoul, Korea Selatan dalam linkungan RM500 RM900 iaitu lebih murah daripada harga di Malaysia.
Manakala di Abu Dhabi, Taiwan dan Thailand harga tiket paling mahal hanya sekitar RM1,200 hingga RM1,700 sahaja. Sebagai info, konsert tersebut akan menampilkan anggota Blackpink iaitu Lisa, Jisoo, Jennie, dan Rose. Blackpink sebelum ini pernah mengadakan konsert pertama di Stadium Malawati, Shah Alam pada Februari tahun 2019 lalu. -CARI Sumber: Kosmo
|
Hoshhi replied at 27-1-2023 03:53 PM
Baik pergi konsert twice. Berbaloi. Perform sungguh sungguh. Bukan macam blackpong ni
Hoshhi replied at 27-1-2023 03:53 PM
Baik pergi konsert twice. Berbaloi. Perform sungguh sungguh. Bukan macam blackpong ni
MissVixen replied at 27-1-2023 04:09 PM
Berbaloi ke pergi konsert bp ni? Suara live tak power pun. Menari pun macam takde tenaga, mungkin se ...
MissVixen replied at 27-1-2023 04:09 PM
Berbaloi ke pergi konsert bp ni? Suara live tak power pun. Menari pun macam takde tenaga, mungkin se ...
ADVERTISEMENT