Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Syafiq Farhain berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Alia Nadia, 29, kini sedang hamil lima bulan. Teruja bakal bergelar seorang bapa, Syafiq atau Nursyafiq Farhain AM Salim, 29, berkata, dia juga berasa berdebar untuk menyambut kelahiran anak pertama yang dijangka pada awal Jun depan.
"Kalau tanya tentang persediaan bergelar bapa, memanglah sudah bersedia. Setakat ini tempoh kehamilan berjalan lancar dan isteri tidak mengalami sebarang alahan. "Jujur saya katakan, sekarang ini macam-macam bermain dalam fikiran menjelang kelahiran anak pertama ini. "Sesiapa sahaja yang tahu tentang kehamilan ini harap dapat doakan anak kami dan isteri agar sentiasa selamat dan urusan kami dipermudahkan nanti," katanya.
|
rosannazmia replied at 26-1-2023 02:32 PM
Walaupon vini rupa acik2 tp gitula kanz pasti ade kelebihan kanzz… semuga berjodohan smp ke syurga ...
silampumeja replied at 26-1-2023 11:04 PM
Teringat hafiz rosdi dulu time dia kawin. Skrg bagia je.. gitulah kita memandang rupa. Huhhuhh
ADVERTISEMENT