Wartawan, pempengaruh dan penyanyi, Kelly Azman meminta netizen berhenti mengecam dan menggelarnya sebagai ‘badut sarkis’ setiap kali muncul dalam program hiburan berbentuk nyanyian, All Together Now.
“Saya bukanlah badut sarkis! Saya ini adalah seorang penggiat seni yang cukup aktif di zaman ini dan badut sarkis itu pula apa? Tolong jelaskan… “Usah juga pertikaikan kenapa saya dipilih menjadi juri dalam program All Together Now. Dan, usahlah asyik bertanya soalan yang sama, siapa Kelly Azman? Kalau tak tahu siapa Kelly Azman pergilah Google. “Kalau hendak mengecam saya sekali pun, tak perlulah kecam sampai ke tahap yang seperti itu kerana All Together Now adalah rancangan berbentuk hiburan. Nama pun, rancangan hiburan. Sudah tentulah ia adalah hiburan semata-mata,” katanya. Menurut Kelly Azman lagi, dia juga tidak faham dengan sikap segelintir netizen yang seringkali mahu mengikut perkembangan setiap kali dia membuat kandungan ‘live’ di akaun TikTok miliknya.
“Kalau tak suka saya, jangan tengok media sosial saya, setiap kali buat live. Ini tidak, setiap kali saya buat ‘live’ mereka nak tengok pula. “Siap komen pula, inikah juri yang selalu kata peserta nyanyi bingit? Padahal yang komen saya pun, mereka tak sedar mereka pun bingit juga,” katanya. Jelas Kelly lagi, dia juga ingin memaklumkan kepada netizen bahawa apa yang dipakiainya di dalam All Together Now itu hanyalah semata-mata untuk cuba membawa karakter di dalam program tersebut. “Tapi di luar saya menjadi diri saya dan saya adalah lelaki yang sejati. Cukup-cukuplah hentam saya di sana sini. “Bukan senang nak tonjolkan diri di kaca TV dan ia juga adalah satu penghargaan bagi seorang individu terhadap penonton. Jadi, tolonglah hargai seseorang individu yang muncul di kaca televisyen,” katanya. Kelly juga turut terpanggil memberikan komen tentang isu Sissy Iman yang dikritik secara keterlaluan oleh juri Mas Idayu dalam program Famili Duo. “Tentang kes Sissy Iman, saya rasa dua dan Naim Daniel sudah buat yang terbaik. Tapi apakan daya kita tak boleh puaskan hati semua orang. Mungkin lagu yang dibawakannya dengan teman keroncong itu tidak mendapat kesesuaian di telinga juri yang mendengar. “Apapun, Sissy dan Naim bagi saya telah pun tampil dengan usaha yang luar biasa. Mereka adalah antara artis yang cukup unik di dalam industri hiburan Malaysia,” katanya. Sumber: Getaran
|
telracs replied at 25-1-2023 11:34 PM
Kelly Azman?
Dia ni laki ke pompan?
Kelly stand for what? Shortform nama apakah?
telracs replied at 25-1-2023 11:34 PM
Kelly Azman?
Dia ni laki ke pompan?
Kelly stand for what? Shortform nama apakah?
dudaberhias replied at 25-1-2023 09:16 PM
tak tahu lah jantina apa heshe nih... masalahnya makhluk apa heshe ni pun iols tak tahu...
iols t ...
ADVERTISEMENT