CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hanez Suraya Korbankan Karier Lakonan Bila Suami Dah Tak Bagi

25-1-2023 09:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7377| Komen: 80

Description: Pelakon Hanez Suraya memberitahu dia kini terpaksa memperlahankan karier lakonan kerana hanya mahu fokus pada keluarga.Hanez yang kini aktif berbasikal juga berkata dia terpaksa korbankan kerjayanya i ...
Pelakon Hanez Suraya memberitahu dia kini terpaksa memperlahankan karier lakonan kerana hanya mahu fokus pada keluarga.

Hanez yang kini aktif berbasikal juga berkata dia terpaksa korbankan kerjayanya itu selepas berbincang bersama suami tercinta.


“Saya masih aktif dalam berbasikal, memang itu aktiviti setiap minggu, dua tiga kali memang wajiblah kayuh.


IG

“Nak kata rindu tu, sudah tentulah rindu sebab itu antara minat saya dari dulu.

“Saya kena korbankan bila suami dah tak bagi. Bukan tak bagi, cuma dia takut saya tak boleh bagi komitmen dekat keluarga. Daripada saya nak commit pun susah sebab anak lagi, mereka pun dah sekolah, saya yang kena uruskan mereka.

“Saya tak terfikir untuk kembali,” jelas Hanez.

Hanez yang mula menjejaki industri menerusi filem Bicara Hati turut mengakui dia sangat merindui dunia lakonan.


Malah tidak menolak sekiranya ada rezekinya kembali di layar televisyen kelak,

“Saya tak mahu cakap bersara, nak menghilangkan diri, tidak, cuma saya tak mahu fikir. Kalau ada rezeki, kita tak tahu akan datang sebab kalau kita cakap sekarang nanti tak sampai benda itu.

“Ada juga yang bertanya, cuma saya tak boleh bagi jawapan sebab saya fikir nak bagi komitmen pun tak berani.

“Rindu itu memang rindu, kadang-kadang buka cerita lama saya, saya sangat rindu,” ujarnya teruja.


IG

Disoal adakah akan kembali sekiranya anak-anak sudah meningkat usia, pelakon drama Sedetik Cinta ini hanya bergantung harap pada rezeki tuhan.

“Saya tak berani nak cakap sekarang, kita tak tahu bila anak dah besar. Sekarang ramai yang fokus pada keluarga dan bila anak dah besar mereka buat ‘comeback’.

“Tapi kalau nak tunggu anak membesar tu, kita pun dah berumur, tak tahulah masih kayuh lagi atau tak, masih boleh berlakon lagi atau tak, masih laku lagi ke tak, kita tengok rezeki kita pada masa itu, Insya-Allah.,” tutup Hanez.

Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Romie Razin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata.


Sumber: Melodi TV3/Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 25-1-2023 09:41 PM
Kurus nya makcik
Quote Suchi 25-1-2023 09:45 PM
Jap anak dia dh 4 ke? Ke campur ngn anak2 suami dia yg season lepas?

Quote Hoshhi 25-1-2023 09:49 PM
Takde siapa kisah pun la kak oi
Quote truesonic 25-1-2023 10:07 PM
Fokus keluarga ke tak laku dah ek?
Quote marchikobonzo 25-1-2023 10:15 PM
Kahkah.. toksah perasan. Kau kena boikot sebenarnya sb menyondol.
Quote zuriey 25-1-2023 10:17 PM
Penyondol jua kan dia ni [em:14:]
Quote zuriey 25-1-2023 10:18 PM
Btw apa pesyen merepek skrng ni pakai tudung npk ank rambut mcm tu
Quote naina 25-1-2023 10:21 PM
Kurusnya..dulu kemain cantik gebu gebaz..SKNg kurus kering..
Quote syamzana 25-1-2023 10:21 PM
dah sakan menyondol siap ber'pc' segala takkan taknak dgr ckp laki ye dak???
btw, tak blakon pun takpe aihh. watak tempelan skrg dah penuh.
Quote royaldanish 25-1-2023 10:25 PM
Salah satu drama penyondol terhebat dulu… betul2 kontroversi..
Quote makcun14 25-1-2023 10:27 PM
Edited by makcun14 at 25-1-2023 10:38 PM

Tu la. Dulu mula berlakon boleh je shooting sampai lebam biar  asah mutu lakonan tapi dia pilih menyondol sampai la jadik bini.
Mana nak letak muka ngan ex wife kalau kena cerai woii
Quote 7doors 25-1-2023 10:30 PM
Bukan kena boikot ke dulu...ingt org lupa lisah dia
Quote primarikey 25-1-2023 10:50 PM
Kurus sgt la dia skrg
Tu la asyik.mengayuh je
Muka nmpk cengkung sgt...pastu pakai plak tudung nmpk jendul..dh bole bygkn btk tengkorak dia mcmane
Quote monsterwife 25-1-2023 10:53 PM
Bukan dia ke yg buat pc siap nak Saman yg disondol. Fitnah katanya. I pernah jumpa dia kat S.Alam biasa2 je, putih tapi muka berjerawat hahaha
Quote -Suri- 25-1-2023 11:22 PM
bukan ke semua dok boikot dia dulu, takkan dia tak igt kot
Quote nena9042 25-1-2023 11:33 PM
Bukan memang dah bertahun ke acting career dia terkubur? Biz shampoo ke apa tah pun tak jalan jugak kan?
Quote Skyline_84 25-1-2023 11:38 PM
Ckp je dh tk laku.. Dh tkde job
Quote she 25-1-2023 11:39 PM
Bukan sebab kena boikot ke dulu sebab merampassss
Tiber petik somi
Quote matchstick 25-1-2023 11:56 PM
nmpk tua..sbb kurus sgt ke..senyum mcm org tua takde gigi. mata masuk ke dalam

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.065611 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top