Seorang anggota polis trafik parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer (km) 8.9 Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam menuju Klang ketika membuat pemantauan dalam Operasi (Op) Selamat, hari ini.
Abdul Jalil Md. Said, 35 anggota berpangkat sarjan yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu dilaporkan bertembung dengan sebuah kereta yang didakwa mengubah laluan secara tiba-tiba. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, anggota berkenaan terlibat dalam kemalangan semasa bertugas membuat pemantauan Op Selamat di sekitar bandaraya ini dengan menunggang motosikal peronda. “Ketika mangsa sedang melalui susur masuk ke stesen minyak, sebuah kereta jenis Proton X70 secara mengejut membelok ke simpang kiri untuk masuk ke stesen minyak berkenaan.
“Oleh demikian Abdul Jalil, tidak sempat mengelak lantas melanggar bahagian kiri kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau menambah, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta bengkak di mata sebelah kiri dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan. Sementara pemandu kereta berkenaan yang berusia 42 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. “Polis mengarahkan pemandu kereta berkenaan ke IPD Shah Alam bagi membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. Sumber: UTUSAN
|
gekkou replied at 25-1-2023 06:17 PM
nyaris langgar budak sekolah naik motor pagi ni
dibantainya keluar simpang macam tu aje
memang panja ...
cepheid: Aku hari hari lalu Federal Hig ...
ADVERTISEMENT