Seekor anjing menembak dan membunuh seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) hujung minggu lalu. Menurut polis negeri Kansas, ketika kejadian, mangsa dan anjing berkenaan keluar untuk memburu.
Haiwan berkenaan memijak sepucuk senjata api yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah trak pikap. Perbuatan itu menyebabkan raifal tersebut melepaskan tembakan lalu menembusi belakang mangsa di tempat duduk penumpang hadapan. “Seekor anjing milik pemilik trak pikap itu memijak raifal yang dibawa, menyebabkan tembakan dilepaskan. Tembakan mengenai penumpang tersebut dengan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. “Siasatan masih berjalan tetapi siasatan awal mendapati kes ini berkaitan dengan kemalangan semasa memburu,” kata Pejabat Syerif Daerah Summer dalam satu kenyataan.
Polis tidak mendedahkan sama ada lelaki berusia 30 tahun yang meninggal dunia merupakan pemilik anjing tersebut. Kemalangan melibatkan senjata api menjadi perkara biasa di AS. Negara itu memiliki lebih banyak senjata api berbanding penduduknya. Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, lebih 500 orang meninggal dunia dalam kemalangan senjata api dalam tahun 2021. Sumber: Kosmo
|
mejaputih replied at 25-1-2023 12:13 PM
tp mcm semudah itu utk trigger ke? biasa memburu pki senapang patah kan?
ctaz replied at 25-1-2023 12:22 PM
mungkin tuan senapang tu tertarik 'hammer' yg ada kat belakang setiap senjata api....
bila terhem ...
ADVERTISEMENT