CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

21 Maut Diserang Penyakit Misteri Ala Covid-19 Di Afghanistan

25-1-2023 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 622| Komen: 2

Description: Sekurang-kurangnya 21 orang meninggal dunia dipercayai akibat dijangkiti sejenis `penyakit misteri’ yang seakan-akan Covid-19 di Afghanistan.Lapor Daily Mail, kesemua kes itu direkodkan berlaku di ka ...
Sekurang-kurangnya 21 orang meninggal dunia dipercayai akibat dijangkiti sejenis `penyakit misteri’ yang seakan-akan Covid-19 di Afghanistan. 

Lapor Daily Mail, kesemua kes itu direkodkan berlaku di kawasan pegunungan Wakhan di timur laut Afghanistan, yang bersempadan dengan Tajikistan dan Pakistan.



KESEMUA kes penyakit misteri itu dikesan di kawasan pegunungan Wakhan di timur laut Afghanistan.

Pegawai kesihatan dihantar ke lokasi berkenaan untuk menyiasat jenis dan punca penyakit tersebut.

Setakat ini, butiran lanjut mengenai penyakit sebenar itu masih belum didedahkan.

Bagaimanapun, akhbar Afghanistan Times melaporkan pegawai kesihatan menggambarkan penyakit misteri itu `hampir serupa’ dengan jangkitan Covid-19.

Jelas laporan itu, kes kematian pertama akibat penyakit misteri itu dilaporkan dua minggu lalu.  


Kyrgyzstan, yang tidak bersempadan dengan Afghanistan, mengambil langkah berjaga-jaga menghantar pasukan perubatan ke negara itu berikutan bimbang penularan pantas penyakit itu. 

Baru-baru ini, Afghanistan dilanda wabak kolera dan polio.

Minggu lalu, agensi berita Bakhtar melaporkan sekurang-kurangnya 50 kanak-kanak meninggal dunia akibat penyakit pernafasan dalam tempoh sebulan di wilayah Baghlan, utara Afghanistan.

Berdasarkan laporan itu, pihak pengurusan Hospital Baghlan mengesahkan seramai 1,000 kanak-kanak dijangkiti penyakit pernafasan itu di wilayah tersebut sejak sebulan lalu. 

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) pada November tahun lalu mendedahkan bilangan kanak-kanak dirawat untuk pneumonia meningkat lebih 50 peratus pada 2022 berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.   


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 25-1-2023 11:41 AM
bila nak 'panggil' depa mai kerja sini..kalo kena sakit bawaan depa pung...rakyat marhein jugok yg kena..politikus terus berkuasa,kapitalis terus kaya.
Quote Abc246 25-1-2023 08:48 PM
Huhuhu macam2 penyakit unknown sekarang ni. Semua Malaysia terhindar dari sebarang penyakit berbahaya

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.130249 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top